Posted on 469 Comments

Soal Jawab Dr. Hassan

S: Apakah Gamat yang diformulasikan ini mendapat pengiktirafan dari mana-mana pihak berkuasa?

J: : Ya, setakat ini produk ini sudah pun diberikan Sijil Perakuan Bebas (Certificate Free Sales) oleh Kementerian Perdagangan setelah diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil ini telah membenarkan produk kami dieksport ke Dubai, Indonesia, Filipina dan Switzerland

A
S: Bolehkah pesakit kencing manis mengambil produk Gamat Healin™ ini?

J: Ya, Gamat Healin™ adalah selamat untuk pesakit kencing manis kerana perasa manis yang terkandung didalamnya dinamakan ‘sorbitol’ yang sememangnya disyorkan untuk pesakit kencing manis. Setakat ini memang sudah ramai penghidap kencing manis yang luka pada bahagian kaki dan tangan dan menjadi busuk (gangrene) sembuh sepenuhnya setelah mencuba Gamat Healin.

S: Bagaimanakah keberkesanan Gamat Healin™ merawat pesakit?

J: Melalui penyelidikan dan maklumbalas daripada pengguna yang mengambil Gamat Healin™, telah menunjukkan bahawaia dapat menghalang pembekuan darah dan meingkatkan kadar respirasi jantung semasa mengurangkan tekanan darah, melancarkan perjalanan darah, menghalang penyumbatan kolestrol di dalam salur darah, merawat penyakit koronori, membetulkan fungsi buah pinggang, meningkatkan metabolisma dan mengurangkan asma.

S: Mengapakah ia perlu untuk mengambil produk gamat keluaran Healin™?

J: Ini adalah untuk memastikan dos yang betul. Kita tidak dapat nafikan bahawa keberkesanan gamat adalah daripada ujian secara klinikal dan saintifiknya. Gamat mengandungi bahan kimia semulajadi yang telah diekstrak daripada proses saintifik.

S: Bolehkan Gamat Gamogen™ menyembuhkan penyakit buasir ?

J: Ya. Banyak kes yang telah kami temui menunjukkan ia sememangnya dapat membantu. Gamogen™ mempunyai kesan antiinflamasi (meredakan simptom-simptom penyakit radang). Selain dari itu ia juga boleh merangsang pertumbuhan sel-sel yang rosak dan cedera. Kesan-kesan ini amat diperlukan semasa seseorang sedang menghadapi panyakit buasir. Pengalaman telah menunjukkan 90% daripada mereka yang menghidapi penyakit buasir yang kronik telah dapat dipulihkan sepenuhnya dengan meminum Gamogen™. Bagaimanapun, masa penyembuhan itu mungkin berubah-ubah bergantung kepada individu berkenaan. Kebiasaannya, kesan dapat dilihat selepas 2 minggu.

S: Bolehkah orang yang menghidap penyakit tekanan darah mengamalkan Gamogen™ Kalau tidak kenapa?

J: Tidak boleh. Kajian menunjukkan pengambilan Gamogen™ yang berterusan boleh melicinkan perjalanan darah dalam badan dan menenangkan fikiran. Kedua-dua tindakan ini boleh membantu menurunkan tekanan darah akan menjadi lebih rendah setelah meminumnya yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pitam dan pening kepala.

S: Sebelum ini banyak produk-produk tiruan muncul di pasaran. Soalannya bagaimana untuk mengenali keasliannya produk gamat?

J: Saya sedar perkara ini. Produk ‘Copy cat’ ini sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan peniaga-peniaga Malaysia. Saya amat bimbang dan ragu-ragu tentang kandungan di dalam produk ini dari segi kesihatan dan keselamatan orang ramai. Sesetengahnya mencampurkan air gamat ke dalam cecair kanji dan menamakan produk mereka sebagai Jeli Gamat. Kajian kami juga menunjukkan ada jenama yang telah menggunakan debu pati ‘Hoisam’ iaitu timun laut yang dimakan oleh kaum Cina tetapi dibeli daripada Australia. Kajian kami telah menunjukkan ianya bukan gamat dan tidak ada unsur-unsur protein polipeptida dan kolagen yang terdapat dalam gamat yang berupaya menyembuhkan luka, menghilangkan rasa sakit dan melicinkan perjalanan darah.

Kami telah mengambil masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk menulenkan sebatian aktif dalam gamat dan menentukan dos-dos yang sesuai untuk ditelan, tetapi saya amat terkilan kerana mereka ini tidak perlu menjalankan apa-apa penyelidikan untuk menghasilkan produk-produk ini. Oleh yang demikian, untuk memastikan produk yang tulen dan terjamin sila lihat jenama-jenama yang mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia seperti MAL20032207TC.

S: Bolehkah kanak-kanak di bawah umur 1 tahun diberi produk Healin™?

J: Kita tidak meletakkan sebarang ubat atau elemen bahan kimia aktif kecuali gamat ekstrak di amna ia telah ditulenkan secara saintifik dan kaya dengan kompleks peptida dan mineral semulajadi seperti germanium, manganese, selenium, dan elemen-elemen lain yang diperlukan untuk kesihatan badan dan kulit. Ia boleh diambil sebagai minuman kesihatan harian untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Sekatannya ialah satu hari dua kali, dos yang sama untuk orang dewasa. Kajian menunjukkan sekiranya diambil 10 sudu pada satu masa, ia tidak akan memberikan apa-apa kesan tetapi ia akan membuat pengguna kerap membuang air kecil.

S: Apakah akibatnya jika seseorang pesakit mengambil produk Healin™ melebihi sukatan yang dibenarkan?

J: Ia tidak mempunyai kesan sampingan. Kajian menunjukkan jika di ambil dengan berlebihan sehingga hampir satu botol dengan sekali minum, ia hanya bole menyebabkan seseorang merasa cepat lapar dan kekerapan membuang air kecil yang meningkat.

S: Apakah kesannya jika saya memberhentikan penggunaan produk Healin™

J: Produk Healin™ merupakan produk kesihatan semulajadi. Ia tidak menyebabkan ketagihan. Jika ingin menghentikan pengambilan produk tersebut, ia tidak akan menimbulkan kesan yang mudarat. Walaubagaimanapun bagi penyakit-penyakit tertentu, kadangkala tempoh mengamalkan produk Healin™ untuk membantu merawat penyakit bergantung kepada keserasian individu dan kesan memberhentikan penggunaan produk gamat Healin™ perlulah diteliti mengikut kes-kes yang berasingan

 

*Disclaimer: Tidak semua soalan yang diajukan akan dijawab oleh Dato’ Dr Hassan sendiri, sebahagian akan dijawab oleh kakitangan House of Healin berdasarakan latihan yang diterima. Harap maklum

469 thoughts on “Soal Jawab Dr. Hassan

  1. saya kerap sakit kepala dan doktor sahkan saya mempunyai tekanan darah rendah. Bolehkah saya mengambil mengambil healin dan jika boleh, yg mana boleh saya ambil.

    1. Produk yg sesuai untuk tekanan darah rendah adalah Imunol.

      1. Salam,
        Dr. saya dah menggunakan Gamogen selama seminggu…hari yang kedua badan saya merasa panas dan tumbuh bintit2 gatal….seperti (kalikata) adaka saya alegik dengan Gamogen.Adakah saya harus berhenti atau teruskan minum gamogen.
        T.kasih.

        1. Salam, adakah saudari alah kepada makanan laut? Jika ia, hentikan penggunaan Gamogen. Jika tidak besar kemungkinan ia adalah healing crisis yg berlaku. Tubuh akan berasa panah, cepat berpeluh, mengantuk, cepat letih dan sesetengah wanita terasa sakit di tapak kaki.

      2. Saya baru melahirkn 2 bulan .bersalin seazer dan bby menyusu bdn .saya ada ambil healin garmogen.bby kerap kentut dan menangis apabila nk kentut dan berak.patut ke saya teruskn pengambilannye.saya minum selama 2 minggu.

        1. Cuba hentikan dahulu pengambilan gamogen dan lihat tindak balas terhadap bayi.

    2. Salam.
      Dr, saya sudah menggunakan produk Mira Q selama 3 bulan. Tetapi dalam bulan-bulan terakhir tumbuh jerawat kecil kecil pada dagu. Boleh Dr explain pada saya mengapa boleh demikian? Sebab sebelum ni saya tak pernah berjerawat. Thanks.

      1. Salam sejahtera

        Apa yang kami terima ‘feedback’ selama ini, boleh kami simpulkan bahawa kebanyakan kes berjerawat adalah berpunca daripada jenis kulit pengguna. Kulit yang berminyak adalah tidak digalakkan penggunaan Mira Q atas sebab Mira Q jenis berkrim.

        Yang kulit tidak seberapa berminyak tetapi berminyak di ‘T-Junction’, juga harus berteliti sebab ada kemungkinan akan ‘break out’ jerawat sekali sekala sebab Mira Q mengandungi bahan protin.

        Saudari dinasihatkan jangan menyapu krim di bahagian ‘T-Junction’ dengan setiap penyapuan. Waktu malam adalah lebih digalakkan.

  2. baru beli gamogen ,terbaca pulak artikel gamogen diharamkan..

    1. Penerangan mengenai tuduhan tersebut boleh di baca di sini. Tiada asas untuk dakwaan tersebut, tiada bahan terlarang yg dimasukkan ke dalam Gamogen.

      http://www.majoriz.com/maklumbalas-komen-dr-asrul-mengenai-produk-gamat/

  3. As-salam..Dr.sy ingin bertanya,ayah saya meghidapi masalah buasir,tekanan darah tinggi dan sering sakit2 badan kerana dia seorang yg kuat b’kerja.Saya amat tertarik dengan kebaikkan produk gamat ini dan ramai yg mencadangkan untuk supaya saya m’perkenalkn produk gamogen ini kpd ayah saya.Tp apakah produk gamogen yg sesuai untuk ayah saya ini..

    harap Dr.dapat membantu saya..
    t/kasih.

    1. Memandangkan ayah saudari mengalami beberapa penyakit sekaligus dan tidak pernah mengambil produk gamat yg lain, untuk permulaan disyorkan mengambil Rejusol pada dos 3 kali sehari. Perbezaan antara Gamogen dan Rejusol adalah Rejusol tiada Klorofil dan Chlorella sebagai makanan tambahan. Kesan healing crisis untuk Rejusol kurang berbanding Gamogen yang kadang-kadang membuatkan pesakit muntah, pening dan kurang bermaya apabila mengambil Gamogen.

  4. Salam.
    Saya salah seorg pesakit yg kena penyakit radang usus. Malah saya juga mempunyai gastrik. Dan skarang saya mengalami bengkak di bhgian usus. Bolehkah saya guna produk ini?

    1. Boleh, saudara boleh menggunakan Zaniton untuk membantu proses penyembuhan luka di dalam usus.

  5. saya ada penyakit dermatomyositis… boleh tak saya ambil healin gamat? kalau boleh, yang mana 1 berkesan untuk penyakit ni? terima kasih.

    1. Untuk kes saudari, saudari boleh mencuba Imunol

  6. adakah produk untuk penyakit nyprotic sindrom untuk kanak kanak 8 tahun,jika ada berapa dos sehari untuk di amalkan.

    1. Untuk masalah yg di alami, boleh mengambil Zaniplus 1 sudu kecil 3 kali sehari sebelum makan.

      1. sebelum makan ubat darah tinggi tekanan darah 100/190.sekarang tekanan darah dah ok. Kolesterol pun tinggi sedang makan ubat. saya ingin mengambil produk health suplement yang mana lebih sesuai?

        1. Untuk saudara, Rejusol merupakan produk yang sesuai untuk diambil.

  7. salam,doktor.mak saya berumur 37 tahun,mengalami masaalah sakit sendi lutut,sakit2 badan,bahu,lennguh2 sendi,sakit otot dan masaalah jerawat berulang.produk apa yg sesuai untuk mak saya?

    1. Salam, produk yang sesuai dengan masalah serta usia ibu saudara adalah Rejusol

  8. Doktor…xada ke produk.gamat ni utk kuruskan badan??bila doktor nak wat produlk kurus

    1. Buat masa ini kami tidak mempunyai produk yang khusus untuk menurunkan berat badan. Produk untuk menguruskan badan masih dalam peringkat kajian

  9. Ada x produk untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang?

    1. Untuk sembuhkan masalah buah pinggang yang kronik tidak, tetapi untuk membantu mengurangkan masalah yang dialami boleh mencuba Zaniplus dengan dos 3 kali sehari 1 sudu besar semasa perut kosong

  10. Phidap pnyakit resdung pula sesuai mgamalkn produk mna satu?

    1. Untuk penyakit resdung, produk yang paling sesuai adalah Imunol

  11. salam..dr., bapa mertua saya menghidap penyakit kanser usus stage 3.dan sudah pun selesai membuat pembedahan..cuma menungu 3 bulan lagi untuk di chemo..jadi sebelum di chemo..boleh tak mengunakan gamogen?

    1. Salam,

      Untuk keadaan ayah saudari, produk yang sesuai adalah Zaniplus dgn dos 3 kali sehari 1 sudu besar semasa perut kosong. Gamogen kurang sesuai buat tahap sekarang

  12. saya baru saja mengambil produk gamogen..tapi bila saya kencing..bau nya agak kuat..tidak seperti biasa. adakah itu normal bagi penguna gamogen?

    1. Itu adalah normal kerana Gamogen bertindak membantu mengurangkan toxin di dalam badan, cara untuk membuang toxin tersebut adalah melalui air kencing atau perpeluhhan

  13. saya ada kawan yang baru disahkan dijangkiti HIV peringkat awal. ada tak produk keluaran Healin yang boleh membantu, mencegah dan menghilangkan virus HIV yang ada pada kawan saya?

    1. Kami tidak mempunyai produk yang boleh merawat HIV, buat masa ini, ia masih diperingkat kajian. Gamadulin dalam Gamogen boleh membantu meningkatkan imunisasi tubuh tetapi tidak sampai tahap merawat HIV

  14. Salam sejahtera, saya mengalami masalah saraf tunjang. Berada di hospital selama 9 bulan. Tulang saya c3 dan c5 mereput dan digantikan dengan plet besi. Kini sraf dan otot saya lemad dan doktor menyuruh saya buat fisioterapi. Saya ada mengamalkan gamogen premium. Apakah profuk lain yang sesuai untuk saya.merKini saya

    1. Salam sejahtera, saudara/i boleh terus menggunakan Gamogen Premium dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari (sebelum makan). Boleh juga amalkan senaman ringan untuk menguatkan semula otot.

  15. Buyah december 4,2012 6;12pm

    saya baru lepas pembedahan remove ovary dan disahkan menghidap kanser peranakan diperingkat awal tanpa menjalani rawatan seterusnya so selepas pembedahan saya mengamalkan gamogen ini mengikut dos yang ditentukan Alhamdulilah hasilnya amat membanggakan dimana jaitannya cepat kering dalam seminggu dan sembuh 12hari tetapi yang saya musykil sepanjang saya mengamalkannya saya mengalami membuang air kecil yang kerap siang dan malam dari sebelumnya.kenapa ya?

    1. Gamogen membantu tubuh memproses toksin di dalam tubuh, oleh sebab itu kebanyakkan pengguna akan merasa tubuh mereka cepat berpeluh atau kerap membuang air kecil kerana ia adalah cara tubuh cuba menghapuskan toksin tersebut.

  16. terimah kasih.satu lagi pertanyaan. bila saya membaca komen dr.bahawa org menghidap tekanan darah tinggi tidak boleh mengamalkan gamogen.saya adalah org yang pengidapnya dan pada masa saya mengamal gamogen ini kerana pembedahan ovary kemudian terkandung mengidap kanser peranakan diperingkat awal kerana saya perlu meningkatkan imunity.so saya minta penjelasan selanjutnya

    1. Pengidap darah tinggi selalunya dinasihatkan untuk tidak mengambil Gamogen kerana kadang-kadang kesan ‘healing crisis’ yang dialami oleh mereka agak teruk, seperti migraine dan muntah. Oleh sebab itu, pesakit selalunya dinasihatkan mengambil supplement yg lain seperti Gamatol atau Rejusol dahulu sehingga badan mereka dapat mengadaptasi terhadap kesan gamat, kemudian mereka boleh mengambil Gamogen.

      Jika tahap darah tinggi tidak lagi serius, selalunya tiada masalah untuk mengambil Gamogen

  17. Setakat ini saya tidak mengidap migraine dan muntah setelah sebulah mengamalkan gamogen malah tekanan darah saya normal saja berbeza sebelum mengambilnya tekanan darah saya kadang naik sedikit misalnya 140/90 o 130/85 dan kadang2 normal.hanya syamptomnya seperti saya katakan dalam pertanyaan 4 dis lalu kerap buang air kecil saja.adakah saya ini tergolong tahap belum serius?

  18. Doctor,saya ada pertanyaan. Kalau saya mempunyai masalah jerawat di kulit muka, produk gamogen mana kah yg sesuai utk saya ambil sbg supplement? Saya dah cuba bermacam macam ubat, tapi semuanya hanya memberi kesan untuk sementara sahaja. Harap doctor dapat bantu.

    1. Untuk supliment saudari boleh mencuba Rejusol atau Imunol jika masalahnya kronik, untuk krim merawat jerawat boleh mencuba Blemish Gel.

  19. Dr Hassan, saya ingin membuat pertanyaan. Apakah produk house of healin yg sesuai utk saya jika saya berusia 23 tahun, telah mengambil bermacam macam jenis ubat dermatologist untuk masalah jerawat, dan masih menghidapi masalah jerawat di kulit muka sehingga sekarang. Ubat ubat yg saya makan yg diprescribed oelh doctor saya semuanya bersifat sementara. Jika saya on the meds, then kulit kurang jerawat. Tp bila stop sahaja, masalah jerawat akan timbul kembali. So saya amat berminat untuk mencuba produk house of healin since dia berasal dari gamat. Lebih natural dibandingkan dgn ubat ubat yg saya ambil dari doctor specialist. Sila bantu doctor.

    1. Untuk masalah yg kronik, boleh mengambil Imunol, dan sabun mirakel untuk cucian, blemish gel boleh disapu pada jerawat untuk merawat jerawat yang ada.

      Jika kulit berminyak dan mempunyai pori yang besar(selalunya pada kulit yg senang terjadi jerawat) boleh mengamalkan skin Purifying Gel untuk mengurangkannya.

  20. apakah produk yang sesuai utk ibu selepas bersalin.

    1. Untuk ibu baru bersalin, boleh mengambil Zaniplus atau Zaniton untuk menyembuhan luka, tetapi untuk tambahan vitamin dan suppliment lain seperti Omega-3 yang dapat memberi tenaga, menghilangkan rasa letih dan menyembuhkan luka boleh mengambil Rejusol.

  21. Salam sekali lagi saya ingin membuat pertanyaan.pada masa ini saya dah 39hari selepas pembedahan dan luka pembedahan sudah sembuh tetapi tenaga saya belum begitu pulih kalau pergerakan saya banyak saya cepat letih bila letih tekanan darah saya naik tandanya kepala pening, dalam masa sama sudah 35hari selepas pembedahan luka dlm dan luar ok saya mengurangkan pengambilan gamogen dari 2 sudu kepada 1 sudu dan jika tekanan darah saya naik saya tidak mengambiklnya.Untuk memulihkan tenaga saya ini apakah supliment healen gamat yang sesuai dengan saya? kerana saya telah mengamalkan gamogen selepas pembedahan sehingga sembuh luka2 dalam dan diluar dan saya ada kes tekanan darah tinggi belum ditahap serius.

    1. Saudari boleh meneruskan pengambilan Gamogen seperti sekarang atau bertukar kepada Rejusol. ambil dos yang disyorkan. Untuk masalah keletihan melampau yang dialami, cuba ambil makanan dengan potassium tinggi, amalkan pengambilan vitamin C. Produk kami tidak mengandungi vitamin C kerana ia tidak sesuai dicampur dengan kandungan gamat tetapi pengambilan vitamin C adalah bagus untuk meningkatkan tahap imunisasi tubuh.

  22. Salam, saya berumur 47 tahun. menghidap penyakit darah tinggi, gastrik yang serius beserta “acid reflux” yang sangat kerap dan gaut. Buat seminggu ini saya mengambil zaniton bertujuan untuk merawat gastrik saya yang serius. mengapa kadang-kala saya mengalami simptom dada berdebar-debar dan badan menggigil. terasa loya dan mahu muntah. beberapa saat selepas makan zaniton, saya rasa sakit dada seperti “acid reflux”. Adakah produk zaniton ini tidak sesuai dengan saya? Boleh doktor beri penjelasan dan penerangan yang lebih lanjut dan mencadangkan produk yang sesuai dengan keadaan diri saya?
    Sekian terima kasih.

    1. Kami tidak pasti mengapa saudara mengalami simptom tersebut,ia lebih kepada masalah penghadamanan. Dapatkan nasihat lanjut doktor di hospital jika keadaan ini berlarutan. Tetapi buat masa ini cuba ambil Zaniton 1 kali sehari untuk seminggu untuk menyesuaikan tubuh dengan Gamodulin di dalam Zaniton. Ada beberapa jenis makan yg menyebabkan acid reflux seperti makanan bergoreng, soda, chocolate makanan berlemak, kafein serta elakkan makanan mengandungi lemon, pudina dan berasid.

      Boleh juga cuba mengamalkan teh hijau bersama sedikit hirisan halia, rebus teh dan halia bersama dan minum satu cawan di waktu pagi atau ketika terasa loya.

  23. saya sudah 5 bulan lepas bersalin pembedahan. luka masih sakit jika duduk terlalu lama atau berdiri terlalu lama. saya juga mengalami sakit belakang, sakit2 otot dan sendi, banyak angin di perut, gastrik, pening, kadang-kadang rasa mual. apakah produk yang sesuai untuk saya dan apakah produk untuk membuang angin?

    1. Produk yg sesuai disyorkan untuk saudari buat masa ini adalah Zaniplus. Sebagai tambahan cuba amalkan pengambilan teh bersama halia. Bukan teh susu halia yg selalu dijual di kedai, tetapi teh kosong yg direbus bersama sedikit hirisan halia.

  24. Assalamualaikum,
    Bapa saya berusia 63 tahun dan pengidap gout sejak umur 37 tahun. keadaan gout beliau sejak 5 tahun ni makin teruk hingga ada bengkak sendinya pecah dan mengeluarkan serbuk putih. Selain itu buku lali kiri terpaksa dimasukkan besi bagi menggantikan tulang rawannya yg rosak akibat gout. Ubat paling lama dimakan adalah remethan. Komplikasi lain yang beliau hidapi sperti darah tinggi, batu karang, buasir, sakit dada, kencing berdarah, kebas seluruh anggota sendi hingga kadang belaiu tidak boleh bangun langsung selama berhari2 dan pernah hampir sebulan. minggu lepas pula, Dr yang merawatnya inform keadaan buah pinggang beliau dah rosak tahap 3 dan jika keadaan berterusan boleh menyebabkan dialisis perlu dilakukan setiap hari. Badan beliau susut hampir 20KG serta lemah kaki kerana tidak mampu berdiri lama.
    Apa produk yang sesuai bagi kes bapa saya ni? Terima Kasih

    1. Buat masa ini produk yang paling sesuai adalah Zaniton, cuba ambil 1 sudu besar 3 kali sehari, sebelum makan. Ayah puan tidak boleh mengambil produk yang lain kerana mempunyai komplikasi buah pinggang yang akan menyebabkan dia susah untuk memproses bahan lain yg dicampur di dalam produk seperti Gamogen.

  25. Saya bersalin secara pembedahan sblm ini dan akan menjalani pembedahan kali ke 3 utk anak yg ketiga ini.Sblm in saya mengamalkan Gamogen & Jelly GAmat Healin (botol putih) slps bersalin. So utk pembedahan kali ketiga ini, apakah produk yg boleh saya amalkan utk mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan bersalin?
    Bolehkah produk Healin dimakan semasa mengandung.USia kandungan saya sekarang 6 bln

    1. Untuk luka pembedahan Zaniton atau Zaniplus sudah cukup, tetapi untuk vitamin tambahan serta zat galian tambahan seperti Chlorofil, omega-3 dan 6 dan chlorella, boleh la mengambil Gamogen.

      Produk Healin boleh diambil ketika mengandung, tidak seperti air gamat asli, kerana gamat telah diproses dan hanya protein yang bermanfaat yang ekstrak sebagai bahan kandungan produk.

      Minyak ikan seperti Omega 3 dan 6 di dalam sesetengah produk bermanfaat untuk pertumbuhan otak bayi.

      1. Salam saya berumur awal 30an..saya juga merupakan pengguna Mira q saya nak Tanya adakah saya perlu tukar pencuci muka o2 bubbles cleanser memandangkan saya mempunyai masalah pori-pori..minta pendapat dr

        1. Salam, saudari boleh terus menggunakan cleanser yang ada atau bertukar kepasa O2 bubble cleanser, sememangnya o2 buble cleanser lebih baik kerana mengandungi mikro o2 buble yang dapat merangsang sel-sel kulit, membersihkan toxin dan membersih lebih dalam. Jika saudari mempunyai masalah pori yang besar, O2 cleanser dapat membersih dengan lebih cekap kawasan tersebut.

  26. Assalamualaikum,
    Apakah produk yang sesuai untuk nenek saya yang berusia 85 Tahun yang mengalami masalah sakit sendi lutut, cepat mengah (ambil ubat jantung 1 biji sehari) dan bongkok. Selain itu dia sihat dan masih boleh melakukan kerja harian walaupun agak berusia.

    1. Waalaikumsalam, untuk nenek saudari, produk yang sesuai untuk dicuba adalah Rejusol. Ambil seperti dos yang disyorkan.

      1. Assalamualaikum.doktor,ibu saya adelah pesakit kanser rahim peringkat 1.ibu sy baru selesai menjalani pembedahan membuang rahim.abang sy ade membeli prodak gamat zaniton…adakah ia sesuai untuk ibu sy?

        1. Ibu saudari boleh mengambil Zaniton. ambil 1 sudu besar 3 kali sehari untuk 3 minggu pertama.

  27. Doktor,saya baru jalani pembedahan tetapi luka pembedahan tidak kering2 dan bernanah..bolehkah saya menyapu gamat terus ke luka yang masih basah tu?ataupun apa yang patut saya ambil nasihat doktor?

    1. Anda dinasihatkan untuk tidak menyapu gamat gel (Lukano) terus pada luka, takut ia akan tertutup tetapi nanah di dalamnya tidak kering. Ambil Zaniton untuk mempercepatkan penyembuhan luka (1 sudu besar 3 kali sehari). Jika ingin menyapu gamat, sapukan di keliling luka tersebut sahaja.

  28. saya menghidap buasir . Adakah zaniplus dapat membantu mengecutkan buasir saya apabila ia membengkak dan ia akan mengambil masa berapa lama untuk kecutkan bengkak itu.

    1. Ambil Zaniton, bukan Zaniplus. Kadar penyembuhan bergantung kepada tahap serius buasir, kesan gamat boleh dilihat pada 2 minggu pertama pengambilan. Teruskan mengambilnya sehingga rasa betul-betul sihat.

  29. Assalamualaikum Dr,
    Bapa saya yang berumur 66 tahun pengidap kencing manis dan ada sedikit tekanan darah tinggi. Walaubagaimanapun keduaduanya masih terkawal..Apakah produk makanan tambahan yang sesuai utk mereka utk mengawal penyakit tersebut serta dapat memberikan tenaga utk mereka beraktiviti dan beribadat.Harap Dr.Dapat berikan sedikit nasihat..Terima kasih

    1. Untuk bapa saudara adalah disyorkan dia mengambil Rejusol sebagai supplement. Selain gamat ia mengandungi omega 3 dan 6 serta beberapa makanan tambahan lain untuk kecergasan tubuh badan

  30. Mak cik saya disahkan menghidap kanser ovari.
    beliau kerap batuk, dan perut menjadi buncit dan tegang.
    air telah dikeluarkan dari perut dan masalah buncit dan tegang tiada lagi. cuma buat masa ini beliau mengalami batuk yang berterusan dan mengadu sakit perut. adakah zaniplus bersesuai untuk melegakan batuk? mohon nasihat doktor jika ada cadangan alternatif bagi merawat kanser selain bedah dan chemo.

    Terima kasih

    1. Zaniplus bukanlah untuk merawat batuk, untuk masalah berkaitan kanser serta paru-paru Gamogen mungkin membantu. Cuba 1 sudu besar 3 kali sehari. Ditegaskan lagi ia bukanlah bertindak sebagai mana ubat batuk, tetapi membantu mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel tubuh. Saudari tidak menyatakan sama ada makcik saudari telah menjalani rawatan untuk kanser ovari tersebut selain mengeluarkan air di perut, adakah pemeriksaan ada dibuat untuk memastikan kanser ovari tersebut tidak merebak hingga ke paru-paru? kerana ia mungkin salah satu sebab batuk atau hanya jangkitan kuman akibat sistem badan yang lemah.

      Pembedahan, chemo dan radiotherapy adalah rawatan yang terbaik untuk masalah, tiada lagi rawatan alternatif yang benar-benar diyakini untuk merawat sembuh. Dinasihatkan makcik saudari menjalani rawatan seperti yang disyorkan doktor. Suppliment boleh diambil sebagai sumber vitamin dan zat untuk membantu tubuh kekal cergas, mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan keletihan akibat rawatan.

  31. anak saya baru 2 hari mengambil produk zaniplus dan derma x kerana mengalami ekzema.sejak 2 hari ni,saya lihat bintik2 yg naik di kakinya semakin besar.adakah ini biasa utk permulaan?setiap kali selepas 1 jam mggunakan derma x,dia akan gatal dan kemerah-merahan dan saya sapu vaseline pd tempat gatal..biasanya berapa lamakah masa yg diambil utk melihat kekurangan bintik2 tersebut?maksud saya kesannya dpt dilihat dlm brapa lama?

    1. Seperti yang pernah ditulis di laman ini, penggunaan veselin diperlukan untuk lebih kurang 2-3 minggu (rujukan:http://www.majoriz.com/using-derma-x-premium-with-vaselin). Berkaitan bintik merah yang dialami, boleh puan terangkan bagaimana bintik tersebut? adakah ianya seperti ruah, atau seperti kesan melecuh?

      Pesakit memang selalunya akan mengalami reaksi terhadap suppliment yang diambil, cuba banyaknya minum air kosong untuk mempercepatkan proses ‘healing crisis’ tersebut. Ia selalunya berlaku dalam 1 hingga 2 minggu.

      1. terima kasih atas respond dr pihak admin..bintik2 merah itu adalah seperti ruam..lebih kurang seperti campak..sebelum ni hanya di kaki dan tangan sahaja..tetapi selepas 4 hari mengambil zaniplus dan derma x,ruam itu keluar dimukanya iaitu dibahagian dahi.adakah itu proses reaksi terhadap suppliment yg diambil? Kegatalan yg berlaku selepas beberapa jam menggunakan derma x itu sampai bila? Adakah sehingga hilang ruam tersebut ataupun hanya untuk lebih kurang 2 minggu?

        1. saya juga ada satu lagi pertanyaan..sabun Mirakel tu bolehkah digunakan oleh anak saya yg menghidap ekzema?bagaimana pula dengan shampoo?adakah shampoo yg sesuai untuknya kerana dia juga sering gatal2 pada kepalanya.terima kasih.

          1. Sabun mirakel memang dirumuh khas untuk masalah kulit. Untuk shampoo pula, anak puan lebih sesuai mengambil syampu rambut MyBaby yang tidak mengandungi SLS yang kadang-kadang menjadi punca masalah kulit pada kanak-kanak

        2. Reaksi itu selalunya berlaku dalam 2 minggu pertama sahaja, dalam kes terpencil mungkin ada yang mengalaminya hingga 3 minggu. Teruskan pengambilan suppliment seperti biasa dan sapukan vaselin pada bahagian yang gatal.

          1. setelah 15 hari mengambil zaniplus dan derma x utk anak saya yg mengidap ekzema..bintik2 merah itu sudah nampak semakin berkurang dan memang sangat berkesan.Perubahan yg begitu ketara sekali..tetapi persoalan saya sekarang ini,tiba2 saja pada hari ke16,kulit anak saya jadi kemerah-merahan yg sgt gatal.Ia kelihatan seperti alergi.Adakah ini disebabkan reaction pd pengambilan zaniplus dan derma x itu belum reda ataupun kemungkinan anak saya alah pd makanan ikan siakap krn setelah beberapa jam makan ikan tersebut,merah2 itu naik dimukanya dan dibadannya…apa pandangan Prof??terima kasih.

          2. Selalunya reaksi kepada zaniplus akan beransur hilang selepas 2 minggu dan tidak akan muncul secara tiba-tiba setela tubuh biasa dengan pengambilan suppliment.

            Ia lebih kepada reaksi alergik terhadap pemakanan. Cuba kawal pemakanan dan elakkan makan makanan yang sering menjadi punca alahan seperti makanan laut atau kacang. Juga pastikan tilam dan bantal bebas dari hama. Ia antara punca utama masalah allergy kulit pada kanak-kanak.

          3. anak saya yg mengalami ekzema telah 90% sembuh.kini hanya beberapa biji bintik merah sahaja yg ada di kakinya selepas saya memberinya zaniplus dan derma x selama sebulan. Kini hanya tinggal kesan parut di tangan dan kakinya..adakah parut2 ini akan boleh hilang?Zaniplus sudah masuk botol yg ke2..sampai bila anak saya harus mengamalkan pemakanan ini krn saya bimbang ekzemanya akan kembali berulang.Bolehkah Prof berikan cadangan?terima kasih.

          4. InsyaAllah kesan-kesan parut akan hilang. Anak puan mempunyai reaksi yang amat bagus terhadap penggunaan gamat dan kami gembira mendengar yang dia sudah hampir sembuh. Buat masa ini amalkan memakan Zaniplus sekurang-kurangnya untuk 3 bulan lagi dan kawal pemakanannya supaya tidak terjadi reaksi alergik dalam masa 3 bulan ini.

  32. Sy baru lepas bersalin ..tangan dn kaki selalu rasa sejuk…menyucuk-nyucuk..masa sy buat pemeriksaan masa mengandung hb low….sekarang sy makan rejusol…sesuai x ?

    Please reply pad email sy

    1. Rasa sejuk dan menyucuk pada salur darah mungkin akibat pengaliran darah yang kurang. Puan berkata yang ada mengalami masalah kekurangan hemoglobin. Untuk itu Gamogen Premium lebih sesuai kerana ia mengandungi klorofil yang mempunyai magnesium yang boleh berkelakuan seperti ‘iron’ didalam hemoglobin untuk penyerapan oksigen.

      Teruskan mengambil Rejusol sehingga habis, kemudia ambil Gemogen Premium sebagai suppliment.

      Harap ini dapat membantu

      Terima kasih.

      1. : Bolehkah orang yang menghidap penyakit tekanan darah mengamalkan Gamogen™ Kalau tidak kenapa?

        J: Tidak boleh. Kajian menunjukkan pengambilan Gamogen™ yang berterusan boleh melicinkan perjalanan darah dalam badan dan menenangkan fikiran. Kedua-dua tindakan ini boleh membantu menurunkan tekanan darah akan menjadi lebih rendah setelah meminumnya yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pitam dan pening kepala.

        Kenyataan di atas nie utk org mcm mana? tekanan darah di atas merujuk darah rendah @ darah tinggi.

        terima kasih

        1. Selalunya pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi yang kronik, dinasihatkan untuk tidak mengambil Gamogen terlebih dahulu, kerana didalam Gamogen terdapat kandungan L-Glutamine, bagi sesetengah orang kandungan glutamine ini mencetuskan reaksi alahan yang akan meningkatkan tekanan darah yang akan menyebabkan rada pening and sesak dada.

          Tetapi reaksi tersebut jarang berlaku pada pesakit yang tekanan darah tinggi mereka tidak kronik.
          Oleh sebab itu, pesakit dinasihatkan pengambil Gamogen dalam dos kecil terlebih dahulu untuk melihat kesan pengambilan. Jika tiada kesan teruk, boleh diambil dalam dos biasa.

          Gamogen bertindak menurunkan tekanan darah, oleh sebab itu ia tidak disyorkan untuk mereka yang ada masalah tekanan darah rendah. Mereka ini lebih sesuai mengambil Imunol.

    2. terima kasih atas jawapan pihak admin. sekarang nie saya rasa seperti sesak sakit dada seperti bila tarik nafas sy rasa sakit dan susah nak bernafas. adakah ini keasan sy makan rejusol .untuk makluman pihak admin sy juga ada masalah gastrik….boleh tsk pihsk sdmin terangkan kesan tindak balas bila sy makan rejusol. Sekian terima kasih

      1. Berdasarkan simptom yang dialami, puan dinasihatkan supaya pergi menjalani pemeriksaan jantung. Pesakit gastrik boleh juga mengambil Rejusol. Selalunya kesan pengambilan rejusol adalah rasa letih, berpeluh dan kerap membuang air kecil pada 2 minggu pertama. Selepas itu, jarang pesakit mengalami masalah yang serius.

        Cuba amalkan senaman ringan seperti berjalan pantas 15 minit sehari untuk meningkatkan tahap stamina dan pengaliran darah

  33. Salam . Apekah produk yg sesuai utk org gastrik . Adekah produk healin sesuai utk org yg ade gout . Tq

    1. Pesakit boleh mengambil Zanipus untuk gastrik. Untuk gout yang tidak serius ia boleh diambil. Tetapi untuk masalah yang lebih kronik, boleh mengambil Imunol

  34. adakah gamat gamogen sesuai merawat resdung dan jerawat??

    1. Untuk resdung dan jerawat, lebih sesuai mengambil Imunol

  35. Salam…sy ada mengambil zaniplus sbg suplmen. Lepas sminggu mengamalkannya, sy terasa tidak bermaya, demam, pening dan kelewatan sminggu dtg bulan. adakah zaniplus tidak sesuai dengan sy?

    1. Mungkin ia kesan ‘healing crisis’. Jika masih berlarutan kurangkan dos pengambilan selama 2 minggu. Jika keadaan berterusan cuba dapatkan nasihat doktor. Kesan Zaniplus jarang berlaku dengan teruk terhadadap pesakit, berbanding produk yang lain.

  36. Salam,

    Dr Hassan ingin penerangan lebih lanjut,makcik saya patah tulang lutut dan sdh operate diganti dgn tulang besi,masalah nya sekarang luka x sembuh ,bernanah ,kaki bengkak dua2 , perut kembung,makcik saya pengidap diabetis,sekarang sdg makan zaniton selama 3 hari,Adakah zaniton sesuai utk beliau.dan nak tanya adakh gemoden sesuai utk saya ? umur 40thn,berat 74kg ,

    1. Zaniton sesuai untuk makcik saudari, cuma tambahkan dos harian kepada 3 kali sehari. Gamogen boleh diambil sebagai suppliment oleh sesiapa sahaja. Cuma pesakit kencing manis dan tekanan darah rendah tidak dinasihatkan mangambil Gamogen.

  37. Ayah saya pengidap kencing manis kronik, produk apakah yg sesuai? Baru2 ni terjatuh dan luka terima jahitan. Ada tak produk2 in 1 yg blh bantu penyembuhan?

    1. Ayah saudari boleh mencuba Zaniplus (dos 3 kali sehari untuk 2 minggu pertama) untuk luka boleh disapu dengan Lukano

  38. Salam. Sy baru beli zaniplus semlm dgn harapan mengecutkan cyst. Sy pn xtahu mana yg sesuai tetapi consultant di kiosk gamat healin ni sarankn sy amik zaniplus utk kecutkn cyst/fibroid. Sy dh confuse yg mn sesuai dengan kes sy?zaniton or zaniplus??

    1. Zaniton dan Zaniplus adalah produk yang hampir sama fungsinya, kecuali untuk Zaniplus ia berperisa oren dan mengandungi tambahan beta-carotene prekursor untuk Vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata yang dapat menbantu mengidap kencing manis yang mengalami katarak. Dari segi lain kedua dua Zaniton dan Zaniplus adalah sama. Pesakit kanak-kanak mengemari Zaniplus kerana rasanya yang lebih sedap berbanding Zaniton

  39. Syukran admin. So untuk kes mcm sy(cyst/fibroid), adakah zaniplus sesuai untuk kecutkan cyst/fibroid?

    1. Ya boleh mengambil Zaniplus untuk mengecilkan cyst

  40. Salam Dr, Usia kandungan saya sekarang 7bulan , boleh tak saya mengambil gamogen ketika hamil sekarang hingga lepas bersalin? Dan Ada apa-apa kesan kepada bayi dalam kandungan tak ? Adakah kandungan dalam gamat Akan membuat baby menjadi Cepat besar ?
    Terima kasih.

    1. Tidak ada kesan buruk atau cepat membesar pada kandungan untuk ibu yang mengandung kerana kandungan gamogen adalah bahan semulajadi. Sebaliknya omega-2 dan 6 bagus untuk tumbesaran otak bayi.

  41. Asalamualaikum….nak tahu boleh tak beri sikit gamogen pada bayi usia 3 bulan. Bayi masih menyusu badan dan juga diberi susu formula. Saya masa mengandung dan berpantang memang amal gamogen.

    1. Bayi puan belum sesuai untuk mengambil Gamogen, kandungan susu badan telah cukup untuk membekalkan vitamin dan zat pada anak puan. Kecuali anak puan mengalami masalah kesihatan seperti masalah jantung berlubang. Untuk itu boleh diberi Zaniplus dgn dos yang kecil

  42. salam dr.
    saya berumur 26 tahun. saya mengalami masalah sakit di bahagian tumit kaki. baru2 ini saya ada melakukan ujian darah. dan saya diberitahu, kandungan uric acid dalam badan tinggi. saya disarankan untuk mengambil ubat gout. apakah produk healin yg dapat saya gunakan untuk mengurangkan kadar uric acid dlm badan?

    1. Produk yang sesuai untuk membantu meredakan masalah akibat penyakit gout adalah Imunol. Untuk mengurangkan uric acid, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi purine seperti yang disarankan oleh Mayo Clinic di sini

  43. Assalam, dr.saya menghidapi masalah reflux asid produk apa yg doktor syorkan utk saya..dan bagaimana saya bole dapatkan produk itu dan ianya tulin..terima kasih

    1. Zaniton untuk masalah seperti yang dihadapi saudara dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari. Produk tulen boleh didapati di kedai-kedai House of Healin berdaftar

  44. Assalamualaikum..sy br sahaja menjalani laparoscopy procedure tuk pcos & juga D&C disebabka lining yg tebal di uterus..zaniplus atau zaniton yg lebih baik?sebaiknyer supplement` mana yg perlu diteruskan spi bila2 sbagai jagaan awl..

    1. Zaniplus mempunyai rasa oren dan kandungan beta karotene berbanding Zaniton. Kedua-duanya boleh digunakan untuk penyembuhan luka. Terpulang pada citarasa individu. Gamogen boleh diamalkan sebagai suppiment untuk pengjagaan awal kesihatan

  45. Selamat sejahtera.Nenek saya baru sahaja lepas membuat pembedahan kaki.jadi saya ingin bertanya jika sesuai atau tidak nenek saya mengambil gamat healin or gamogen?

    1. selepas menjalani pembedahan selepas 1 tahun nenek saya ok tetapi sekarang kaki dia membengkak dan dibawa ke hospital kembali dan didapati kaki yg di bedah mengandungi cecair selepas diketahui mengenai cecair itu nenek saya melakukan pembedahan kali ke dua untuk membuang lendir cecair itu.Sekarang keadaanya semakin ok tetapi masih belum kering.Adakah gamat sesuai untuk nenek saya sebagai sampingan supaya mencepatkan penyembuhan.Terima kasih kalau boleh saya ingin tahu produk mana yang sesuai untuk nenek saya.Terima Kasih.

      1. Untuk nenek saudara, produk yang sesuai adalah Zaniton. Ambil 3 kali sehari untuk 2 minggu pertama. Ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan akibat pembedahan.

    2. Produk seperti Zaniton atau Zaniplus boleh diambil untuk pesakit untuk penyembuhan luka. Gamogen tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai tekanan darah rendah. Selain itu, semua golongan boleh mengambil suppliment Healin

  46. Assalamualaikum Dr,
    Saya baru sahaja membuat pembedahan appendix pada 7 hari yang lepas dengan melalui kaedah laparoscopic dan saya juga mengalami tekanan darah rendah selepas menjalani pembedahan.Di sini saya ingin mengetahui apakah produk yang sesuai untuk saya bg menyembuhkan luka dan memulihkan kembali tenaga selepas pembedahan dan berapa lama kah tempoh proses atau kesan yg dpt dilihat apabila mengambil produk yg disyorkan.
    Terima Kasih.

    1. Waakalaikumsalam, produk yg sesuai untuk mempercepatkan proses pemulihan pembedahan seperti appedix adalah Zaniplus, ia rumusan gamat bersama Beta Karotene. Ambil 1 sudu besar 3 kali sehari untuk 2 minggu dan kurangkan kepada 2 kali sehari selepas itu sehigga luka benar-benar sembuh.

  47. salam. mak saya mengalami masalah sakit lutut yang menyebabkan beliau mengambil masa yang lama untuk berdiri. mak saya mengidap penyakit tekanan darah tinggi yang tidak serius.produk healin apa yang sesuai untuk mak saya? TQ

    1. Ibu saudari boleh mencuba mengambil Rejusol sebagai suppliment

  48. assalamualaikum, dr emak sy pengidap CKD stage 5. cretinin dia da 700+, urea 24. dr da suggest dialysis tp bukan dlm masa terdekat sebab blm ada symptom uremic. dia tiada HPT dan Diabetis. Jadi produk apa yang sesuai untuk ibu sy?

    ayah sy ada HPT dan Diabetes on med. buah pinggang masih ok. jd produk apa yang disarankan?

    terima kasih..

    1. Untuk kedua-dua ibu bapa saudari, Zaniplus adalah yg terbaik untuk dicuba. Ibu saudari tidak sesuai mengambil suppliment lain kerana akan mengalami kesukaran memproses bahan-bahan yg terkandung di dalam suppliment tersebut.

      Zaniplus memang disyorkan untuk pesakit diabetes

  49. Salaam,
    Prof,
    Saya baru melahirkan anak ke 4 secara pembedahan. Ini merupakan pembedahan pertama. Setakat ini saya menggunakan supplement Shaklee (zinc, vit c, b compleks, multivit). Pd ms yg sama saya minum satu sudu kecil air gamat sehari sekali. Boleh dapatkan nasihat prof produk gamat healin yg sesuai utk proses penyembuhan luka pembedahan dan perlukah sy berhenti menggunakn supplemen lain. Terima kasih.

    1. Air gamat tradisional berkesan untuk penyembuhan luka tetapi tidak sesuai diamalkan berterusan kerana terdapat kandungan daripada gamat yg akan mengecutkan salur perut jiga diambil berterusan. Tetapi di dalam produk healin hanya protein gamat yg benar-benar berkesan untuk penyembuhan luka diambil sebagai bahan kandungan.

      Jika ingin mengambil suppliment bolehlah mengambil Gamogen, ia lengkap dengan multivitamin tambahan tanpa perlu mengambil vitamin lain lagi. Jika ingin meneruskan pengambilan multivitamin lain, gunakan Zaniplus untuk penyembuhan luka

  50. Salam. Ank sy berumur 7 tahun. Ada ekzema sejak 2 tahun. Terutama di bhgn lipatan, cupung telinga dan mata. Dia juga ada resdung, mudah sgt selsema, batuk dan demam. Yg mana lebih sesuai, imunol atau zaniplus? Patut kah sy mulakan skrg guna produk healin ni sbb saya risau healing crisis mengganggu pembelajarannya. Skrg saya hanya bg ubat2an yg disaran doktor, yg mana tidak baik utk kesan jangka pjg jika di amal berterusan. Mohon cadangkan produk terbaik utk ank saya. Tq

    1. Gunakan derma-x pada kulit luaran dan ambil Zaniplus buat permulaan selama 2 bulan (1 sudu kecil 3 kali sehari), setelah itu boleh beralih kepada Imunol. Jika takut terganggu dengan healin crisis, ambil sukatan yg rendah dahulu (2 kali sehari)

  51. Salam.tunang saya mengalami enzima.kulit beliau kemerah-merahan,kulit kepala berkerak dan mengalami seperti kelemumur,belakang cuping telinga juga seperti berkerak.produk apa yang sesuai untuk beliau?dan dimana boleh didapati dalam area seremban?

    1. Tunang saudari boleh menggunakan Derma-X sebagai krim untuk disapu, boleh juga menggunakan sabun Mirakel ketika mandi. Senarai outlet di N. Sembilan boleh dilihat di outlet Negeri Sembilan

      1. Kena gunakan 2 produk sekali ke?apa fungsi sabun mirakel?untuk kepala pn blh digunakan jga ke?

        1. Krim Derma-X tidak perlu digunakan bersama Mirakel, tetapi lebih elok kerana kulit pesakit lebih sensitif terhadap kandungan sabun biasa, oleh sebab itu Mirakel dapat membantu. Boleh juga digunakan untuk kulit kepala

  52. Dr. saya baru saja ada kencing manis (peringkat awal) dan beberapa tahun ada darah tinggi tapi terkawal. Apakah produk Dr, yang sesuai untuk saya? tk

    1. Saudari boleh mencuba Zaniplus, ambil ikut sukatan yg disyorkan

  53. saya mempunyai masaalah sama , dg penulis di atas. boleh tak dr terangkan agaimana produk dr itu bekerja? apakah nanti dia dapat menyegarkan kulit kaki terutama, untuk segar dan tidak kering? tidakkah banyak kandongan gula? juga tidak mengganggu lain2 suplement yg sedia kita makan? saya minat dg produk dr kerana dr buat penyelidikan…

    1. Produk House of Healin kaya dengan kolagen daripada gamat yg sememangkan membantu proses rejuvenasi sel-sel kulit untuk kelihatan segar dan anjal. Produk suppliment kami juga tidak mengandungi kandungan gula, kecuali gula tiruan yg boleh diambil oleh pesakit diabetes iaitu Sorbitol. (gula tiruan yg selalu disyorkan oleh doktor untuk pesakit diabetes).

      Untuk mencampurkan dengan suppliment lain, perlu dilihat pada jenis suppliment, tiada masalah untuk mengambil vitamin tambahan seperti vitamin C atau multi-vitamin. Kecuali perlu berhati-hati dengan suppliment yg tiada kajian menyeluruh atau produk seperti jamu yg tidak diketahui kandungan sebenar.

  54. Assalamualaikum, ayah saya seorang perokok dan menghidap masalah sembelit dan psoriasis, setiap bulan kakinya dari paha hingga ke jari kaki akan membengkak, berwarna merah, pedih. Pada bulan lepas ibu jari kakinya membengkak dan mengandungi nanah. Saya telah membawa ayah saya ke klinik dan doktor mengatakan ianya adalah selulitis. Doktor sudah memberikan antibiotik dan suntikan untuk menghilangkan penyakit tersebut tetapi ia berlanjutan hingga sekarang. Sabtu lalu saya telah membawa ayah saya ke salah sebuah hospital swasta, dan disahkan gangren. Kulit pada tapak kaki di bahagian ibu jarinya telah menjadi hitam. Doktor telah membuang kulit yang hitam itu dan sekarang ianya terbuka, nampak segala isi dalamnya. Tengahari tadi saya membawa ayah saya ke hospital tersebut untuk dressing, doktor menyarankan agar ibu jari kaki ayah saya dipotong kerana luka nya belum kering dan masih mengeluarkan nanah. Tetapi pada pengamatan saya, jumlah nanah yang terhasil pada kali ini tidaklah sebanyak seperti dressing pada kali pertama. Apakah yang perlu saya lakukan? semenjak hari sabtu yang lalu, saya telah memberi ayah saya meminum zaniplus. Seboleh-bolehnya, tak mahulah sampai perlu memotong ibu jari kakinya. Harap Prof dapat membantu.

    1. Teruskan mengambil Zaniplus, ambil sukatan 2 sudu besar 3 kali sehari untuk keadaan ayah saudara. Ia adalah produk terbaik untuk membantu setakat ini. Kawal juga pemakanan.

  55. Salam Dr, saya ade pilonidul sinus sejak 3-4 tahun lepas. Luka tak hilang2 dan minimum sebulan sekali luka berdarah dan bernanah. Nak tanye, apa ubat yg sesuai utk masalah saya. Terima Kasih

    1. Pilonidul sinus selalunya tidak mendatangkan masalah kecuali apabila ia dijangkiti kuman, untuk kes begini elok rujuk kepada doktor untuk krim antibiotik.

  56. Assalam dr.. sy baru disahkan oleh doc semasa membuat pemeriksaan kandungan dan terdapat cyst sebesar 2.4cm. Soalan sy. Produk ape yg sesuai utk sy kandungan 3bln dan nak kecutkan cyst tersebut.tqvm

    1. Puan boleh mencuba mengamalkan Rejusol, ia tidak akan mendatangkan masalah pada kandungan puan.

  57. Salaam,
    Prof, ibu sy ada lebihan gamogen yg dibeli mungkin 4 tahun yg lalu. Sy tidak dpt kenalpasti tarikh luputnya. Walau bagaimnpun ia tersimpan di dlm peti sejuk. Adakah ianya masih selamat utk digunakan? Terima kasih

    1. Jika ia sudah melebihi dua tahun, baik lupuskan sahaja produk tersebut walaupun ia tersimpan di dalam peti sejuk. Gamogen dan produk lain tidak mengandungi bahan pengawet seperti produk lain yg membolehkan ia tahan dengan lama. Oleh sebab itu ia perlu disimpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.

  58. Apakah produk yang boleh saya gunakan untuk mengecutkan fibroid? terima kasih

    1. Saudari boleh mencuba Rejusol

  59. Salam,

    Apakah produk healin yang paling sesuai untuk luka yang disebabkan jangkitan bakteria? Apakah produk yang sesuai untuk meningkatkan antibodi dalam melawan jangkitan bakteria?

    1. Supliment House of Healin adalah sesuai digunakan sebagai makanan tambahan untuk membantu rejuvenasi sel-sel tubuh sekaligus pempecepatkan proses penyembuhan luka. Produk seperti Gamogen tidak mempunyai sebarang bahan bahan untuk menentang bakteria seperti yg terkandung dalam antibiotik. Tetapi mengandungi bahan seperti klorofi dan klorella yang dapat membantu meningkatkan sistem imum dalam tubuh.

      Untuk menentang bakteria, disyorkan mendapatkan rawatan di hospital.

  60. Salam prof,
    Adakah sama kandungan rejusol dgn gamogen? Sbb suami sy dh belikn yg gamogen utk masalah cyst sy. Mohon penjelasan.. tq prof..

    1. Gamogen mengandungi ekstra klorofil dan chlorella, kandungan lain adalah sama dengan rejusol. Kandungan tambahan itu adalah baik untuk orang yg mengalami masalah anemia atau kekurangan oksigen dalam darah

  61. salam dr.. ibu mertua saya baru disahkan menghidap breast cancer dan sedang menjalani chemotheraphy. produk apa yang sesuai untuk dia sebab dia selalu muntah2 bila kak ipar saya beri dia makan atau minum.

    1. Ibu mertua puan boleh mencuba Gamogen Premium untuk membantu. Rawatan chemotherapy selalunya mempunyai kesan seperti yg dinyatakan. Suppliment tambahan dapat membantu untuk menambah tenaga dan membantu rejuvenasi sel-sel semasa dalam rawatan apabila tubuh tidak mendapat zat yg diperlukan dari makanan yang diambil.

  62. Salam Dr, sy telah memberi zaniplus pd ank sy umur 7 tahun dan 1 tahun. Lps beberapa hari keluar bintik merah seterusnya kelihatan spt luka melecur dan seterusnya bernanah. Saya risau melihat keadaan ini. Apa perlu sy buat. Adakah ank sy alahan pada gamat?

    1. Alahan selalunya tidak menyebabkan kesan yg dialami oleh anak puan, kesan yang dialami lebih kepada infeksi kuman, bakteria ataupun terkena serangga, cuba dapatkan nasihat doktor berkenaan hal ini. Jika merasakan Zaniplus tidak sesuai, berhenti mengambil Zaniplus selama seminggu untuk melihat sama ada kesan tersebut hilang atau tidak walaupun kami tidak pernah lagi melihat kesan melecur dan bernanah seperti yang dinyatakan akibat Zaniplus

  63. Tadi sy berckp sendiri dgn prof melalui telefon, nanah berkenaan adalah akibat penggunaan steroid sebelum ini, dan prof meminta sy teruskan zaniplus dan sapu derma x dan vaselin. Sy sgt pasti kesan tersebut terhasil krn pengambilan zaniplus kerana ia kelihatan di badan kedua2 ank sy 2 hari slps minum zaniplus ..mlm ni sy lihat kepingan2 nanah telah tertanggal dgn sendiri dan hanya tinggal luka kering shj..sy sgt berharap zaniplus dpt membantu menyembuhkan kedua2 ank sy dari ekzema..

    1. Disclaimer: Tidak semua soalan akan dijawab oleh prof sendiri, sebahagian akan dijawab oleh kakitangan House of Healin berdasarkan latihan yg telah diterima

  64. Salam Dr, benarkah gamat mengandungi natural steroid? Adakah ia mempunyai kesan jangkamasa pjg spt steroid buatan?

    1. Natural steroid seperti estrogen, testosterone dan cortisol yang memang terdapat di dalam tubuh tidak akan mendatangkan kesan jangka pangjang. Gamat tidak mengandungi steroid asli tetapi membantu dalam pengimbangan paras hormon seperti cortisol yang memainkan peranan penting dalam mangawal tekanan darah.

  65. assalamualaikum dr,
    anak saya berumur 2 tahun dan menghidap ekzema sejak berumur 3 bulan. baru-baru ini saya telah cuba menggunakan derma x dan zaniplus untuk anak saya. dalam tempoh sebulan penggunaan kedua-dua produk ini kulit anak saya menjadi kasar, kemerah-merahan dan kadangkala menggelupas terutamanya di bahagian kepala,dahi, muka, tangan dan kaki. simptom-simpton ini berterusan sampai sekarang. kadang-kadang nampak macam dah nak elok, tapi dua tiga hari ada pulak. adakah ini tindakbalas biasa selepas penggunaan kedua-dua produk tersebut atau anak saya tidak sesuai dengan produk berasaskan gamat? mintak penjelasan doktor..terima kasih

    1. Kulit menjadi gatal dan kemerahan adalah antara simptom normal kesan penggunaan Derma-X dan Zaniplus, atas sebab itu, kami menasihatkan pengguna menggunakan krim vaselin pada kulit ketika ini untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut. Kesan gatal adalah disebabkan oleh sel-sel kulit mati yang terhasil. Puan boleh membaca tentang ini di sini http://www.majoriz.com/using-derma-x-premium-with-vaselin/

  66. Salam. Mak sy disyaki menghidap rheumatid athritis dan mempunyai gejala gout (bacaan gout 0.39 mmo1/L) Darahnya mmpunyai rheumatid factor (bacaan 18.3 IU/mL). Produk gamat healin apekah yg ssuai sbgai mknn tmbhn utk mak saya?? Thnk u

    1. REjusol boleh diambil suppliment tambahan untuk masalah yg dihadapi

  67. Salam, Ayah saya mengalami kemalangan, dan didapati tulung rusuknya retak. Ayah saya juga menghidapi tekanan darah tinggi. Untuk pengetahuan tuan ayah saya berumur 82 tahun. Apakah product yang sesuai untuk ayah saya. Dan untuk penyakit seperti kudis, product apakah yang paling sesuai.
    Terima Kasih.

    1. Untuk ayah saudara, produk yg sesuai adalah Zaniplus dengan pengambilan 1 sudu besar 3 kali sehari untuk mempercepatkan penyembuhan

  68. Salam Dr,

    Emak saya mengalami masalah haid yg panjang (16-19hari) dengan kuantiti yang banyak. Beliau berumur 52thn. Doktor kata ini adalah simptom pra-manopous. Tetapi keadaan emak saya ini berlanjutan selama 2 tahun sehingga beliau mengalami anemia. Sepanjang tempoh tersebut, emak telah dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali kerana kekurangan darah. Apakah produk yang sesuai untuk emak saya dan bolehkah produk itu dimakan bersama dengan ubat2 yang dibekalkan oleh doktor (Provera, Tranexamic acid, Ascorbic acid, Folid acid, Vit B complex, Ferrous fumarate, Magnesium trisilicate & Mefenamic acid). Terima kasih

    1. Produk Gamogen Premium sesuai untuk ibu saudari, selain gamat, ia mengandungi Chlorella dan Klorofil yang kaya magnesium, magnesium boleh bertindak sebagai penganti ion ferum untuk mengangkut heamoglobin darah.

      Amaran: ibu puan mungkin mengalami rasa sakit di telapak kaki ketika mengambil suppliment ini, ini adalah kesan biasa bagi mereka yg mempunyai masalah dibahagian peranakan.

      Tiada masalah untuk mengambil suppliment bersama ubat-ubatan daripada priskribsi doktor tetapi jauhi mengambil ubat-ubatan herba yg tidak diketahui kandungannya.

      Artikel berkenaan chlorofil boleh dibaca di sini:
      Chlorophyll

  69. Sy ada beberapa soalan. 1- apakah jns healin yg sesuai utk ibu mgandung yg mgalami alahan yg sgt teruk spti muntah, pening dan kurang selera mkn? Adakah zaniplus sesuai? 2-ayah sy mgalami sakit buang air besar bcampur darah. Healin apakah yg sesuai? 3- adakah produk healin yg sesuai utk lelaki yg berusia lewat 20an yg berbadan sgt kurus utk menambahkan berat badan dan selera mkn? Terima kasih.

    1. 1. Ibu mengandung yg mengalami alahan seperti yang dinyatakan sesuai mengambil Gamogen untuk menambah tenaga dan juga menjadi sumber zat tambahan serta vitamin untuk ibu dan bayi.

      2. Ayah anda boleh mengambil Zanilus untuk masalah yang dialami. Ambil 1 sudu besar 3 kali sehari untuk 3 minggu pertama. Tetapi cuba juga untuk dapatkan nasihat pakar berkaitan masalah yang dialami oleh ayah sekiranya ianya satu yang berlarutan, ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah yang dialami seperti ulser dalam perut atau usus atau kanser.

      3. Gamat kadang-kadang memberi kesan pertambahan selera makan kerana ia bertindak mengurangkan kolestrol dalam darah, tetapi ianya bergantung kepada individu terbabit. Gamogen atau Rejusol boleh dicuba tetapi ianya bukanlah produk khusus untuk menambah berat badan.

  70. slm Dr..
    saya bersalin pembedahan hmpir 3 mggu..dan telah mngmbil gamogen..luka alhamdulillh dah baik tapi sekarang saya mengalami gatal2 seperti alahan…kenapa ye dr? sblm ni sy mmg ad alahan pd panadol.

    1. Salam sejahtera

      1. Adakah gatal-gatal berpunca dari ruam selepas pengambilan Gamogen?
      2. Jika ya, dinasihatkan berhenti pengambilannya untuk seminggu sehingga gatal-gatalnya sudah reda dan cuba ambil lagi.
      3. Jika didapati gatal-gatal dan ruam kembali lagi, kemungkinan besar adalah reaksi alahan.

  71. salam Dr.
    saya duduk di asrama, jika saya tidak meletakkan gamogen di dalam peti sejuk. Adakah gamogen itu masih boleh dimakan.

    1. Boleh simpan di tempat yang tidak terkena pancaran matahari seperti di dalam locker selepas Gamogen dibuka

  72. Assalamualaikum…Dr

    FYI, saya telah disahkan mengalami gastrik ulser dan Irratable bowel syndrome oleh pihak hospital. Untuk pengetahuan dr ini merupakan kali kedua saya alami. Kes pertama (4 bulan lepas)..seolah olah telah sembuh. Untuk pengetahuan dr. saya telah gunakan Zaniplus sebanyak tiga kotak sahaja….Kali ni saya telah beli Zaniplus.juga..minta pandangan dr

    1. Boleh teruskan mengambil Zaniplus atau menukarkan ia kepada Zaniton, ambil 1 sudu besar 3 kali sehari berbanding dos normal. Amalkan untuk 2 bulan, kadang-kadang penyakit yg dirasakan sudah sembuh belum sembuh dengan sepenuhnya jadi amalkan pemakanan sihat untuk jangka masa yg panjang untuk benar-benar sembuh

  73. Salam… Dr. saya berumur 29thn..saya ada masalah berkaitan dgn kulit..saya ada masalah ekzema dan jerawat badan yang teruk. Selain itu saya juga mempunyai masalah kesuburan.Kitaran haid yang tidak teratur dan mempunyai masalah keputihan. saya harap sangat Dr dapat bagi nasihat berkenaan produk ape yang sesuai dgn semua masalah yang saya hadapi ni.?..Tq…

    1. Gamogen boleh diambil untuk masalah kitaran kesuburan, untuk ekzema dan jerawat boleh menggunakan Derma-X dan sabun Mirakel. Jerawat badan yg teruk besar serta keputihan kemungkinan berkaitan dengan hormon yg tidak teratur. Ambil Gamogen 2 kali sehari untuk membantu, tetapi diingatkan kadang-kadang ketika pertama kali mengambil Gamogen, haid mungkin datang dengan banyak dan ada rasa sakit dibahagian tumit. Ia sebahagian dari kesan healing crisis Gamogen.

  74. apakah gamat yg sesuai untuk ibu saya yg sakit kaki….

    1. Jika ada masalah otot atau sendi boleh mengambil Rejusol

  75. saya ada masaalah anemia sekarang kandungan saya 4bln boleh ke saya minum gamat gamogen premium…bersesuaian dengan saya atau tidak…

    1. Ya, puan boleh mengambil Gamogen Premium, ia mengandungi Klorofil serta Chlorella yg boleh membantu hemoglobin dalam darah untuk mengangkut oksigen. Tiada masalah untuk mengambil gamogen ketika memgandung malah kandungan omega 3 dan omega 6 dapat membantu perkembangan otak bayi

  76. Assalamualaikum. saya penghidap resdung yang agak teruk. saya baru mengambil gamogen dalam 3 hari. dan saya dapati lendir resdung saya semakin kuat. adakah ini normal? dan saya ada terbaca yang gamat imunol sesuai untuk resdung. tapi hari tu saya pergi house of healin masjid tanah melaka yang jaga kedai tu orang muda. dia cakap gamogen untuk resdung.

    1. Waalaikumsalam, reaksi seperti yang dialami adalah normal, selalunya pesakit mengalami kesan seperti itu lebih kurang dalam 2 minggu pengambilan pertama. Imunol sememangnya lebih sesuai untuk mereka yang mengalami alahan serta masalah resdung. Gamogen kandunganya sesuai sebagai supliment tambahan harian, berbanding Imunol yg lebih kepada merawat alahan. Tetapi kandungan Gamogen juga dapat membantu kerana ia juga mengandungi gamat serta bahan asas untuk membantu mengurangkan kesan resdung. Boleh habiskan Gamogen dan kemudian ambil Imunol untuk kesan yg lebih optimum.

  77. Assalamualaikum Dr…

    Mak berusia 72 thn dan badan yg kurus dan pernah terjatuh 2 kali dan patah tulang paha dan menghadapi masalah saluran kencing ( tidak boleh kencing sendiri ) dan pernah di masukan ke hospital selama sebulan . Tapi sekarang masalah kencing sudah ok cuma mak saya tidak boleh bergerak n berjalan sebab tulang paha mak saya masih sakit ketika cuba berjalan . Doktor hospital mengalakkan mak saya cuba berlatih berjalan sendiri menggunakan alat (tongkat) yg khas sebab tiada rawatan memandangkn mak saya sudah tua n tulang pun dah tak kuat . Sekarang mak hanya boleh duduk , baring n berdiri sekejap dengan bantuan kaki kiri sebab kalau berdiri kaki mak saya sudah x sama tinggi . Mak saya sering beritahu bahagian paha yg patah itu masih sakit . Dr apakh produk healin yang sesuai untuk mak saya makan ? Terima kasih .

    1. Cuba ambil Zaniplus 3 kali sehari sambil mengamalkan fisioterapi.

  78. I will do the heart bypass operation,which gamat to take?Started from which day after the surgery n the prescripetion? Thank you

    1. Hello, the most suitable product would be Rejusol, take it about 3 days after surgery 1 tablespoon 3 times a week, until the wounds heals.

  79. Salam, ayah saya mengalami sakit jantung dan juga pengalaman jangkitan kuman pada hati. Ayah juga telah membuang hempedu 5 tahun yang lepas. Sebelum ini telah ambil Zaniplus untuk sembuhkan jangkitan kuman,namun jangkitan berulang semula selepas sebulan. Bolehkan terus ambil zaniplus untuk masalah jangkitan kuman pada hati dan juga rejusol untuk masalah jantung pada masa yang sama? Bagaimana pula kesan healing crisis bagi pesakit begini. Rejusol dan Gamogen mana yang sesuai bagi sakit jantung? Ayah juga ada mengambil ubatan yang dibekalkan pihak IJN.

    1. Rejusol lebih sesuai dengan pesakit jantung, tetapi memandangkan ayah saudara mangalami masalah hati dan pernah membuang hempedu, Zaniplus lebih disyorkan kerana di dalam Rejusol berasaskan minyak, maka kurang sesuai untuk mereka yg mengalami masalah hati dan hempedu.

      Tiada masalah untuk mengambil suppliment bersama ubat-ubatan yg disyorkan doktor bertauliah

  80. Dr. saya nak tanya kaki saya sekarang dah tak boleh lurus seperti biasa bila nak lurus akan rasa sakit di bahagian pinggang bila tidur..dan pernah diambil air tulang som som di hospital 3 tahun lepas..dan tangan saya rasa kebas kebas. Saya juga skrg bergantung pada ubat ia itu euthrox thyroid replacement. So boleh syorkan yg gamat yg sesuai untuk saya…saya ibaratkan org kena stroke tapi saya bukan…

    1. Saudari boleh menggunakan Gamogen sebagai suppliment tambahan, Ambil 3 kali sehari sebelum makan. Tetapi harus dingatkan ianya hanyalah suppliment yg mungkin boleh membantu dalam meningkatkan kualiti hidup dan mungkin boleh membantu dalam mengurangkan kesan penyakit yang dialami. Euthrox Thyroid bertindak membantu metabolism badan, gamat di dalam Gamogen juga membantu meningkatkan metabolism tubuh badan, diharap ia dapat membantu saudari.

  81. Hi Prof,
    Isteri saya mengalami sakit dan bengkak di pergelangan kaki sejak seminggu yg lalu. Dia juga mengalami kesakitan di bahagian pergelangan tangan yg kini mula merebak ke arah siku dan lutut. Pemeriksaan di klinik2 dan hospital belum dapat memberi kepastian tentang penyakit yg dialami. Namun, beliau disyaki mengidap SLE, sakit buah pinggang atau jangkitan virus. Saya telah memberinya Gamogen (classic) 2 sudu besar, 3kali sehari sejak semalam. Saya juga ingin memberi dia Zaniplus. Bolehkah dia mengambil Gamogen dan Zaniplus serentak?… Perlukah mengambil produk lain?… Apakah dos yg perlu diberi?

    1. Buat masa ini ambil Zaniplus sahaja kerana terdapat masalah buah pinggang, sekiranya tiada masalah tersebut boleh mengambil Gamogen sahaja tanpa mengambil Zaniplus keraan kandungan Gamogen sudah cukup lengkap.

      Berkenaan SLE, terdapat pesakit yang menghidap SLE dan beransur sembuh setelah mengambil Rejusol secara berterusan. Bagi yang menghadapi masalah buah pinggang, Zaniplus atau Zaniton dapat membantu.

  82. Hi Prof,
    1 lagi soalan…. Dapatkah gamogen membantu dalam menyembuhkan SLE atau sakit buah pinggang?

  83. Salam Dr,

    Bapa saya baru selesai menjalani pembedahan (patah tulang paha) dan luka pembedahan agak besar. Bapa juga menghidap kencing manis. Selepas pembedahan, bapa sering tersedu dan muntah selepas makan. Apakah produk healin yang sesuai diberikan kpd bapa saya. harap dapat membantu

    1. Bapa saudari boleh mengambil Zaniplus dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari semasa perut kosong.

  84. Saya ada endometrosis dan telah membuat operate 2 tahun lepas..saya juga telah lama inginkan cahaya mata produk yg mana perlu saya ambil untuk kesuburan…. dan adakah cyst saya akan kembali jika saya memgambil produk ini..

    1. Produk yang mempunyai kandungan vitamin E yang tinggi serta banyak membantu mereka yang mengalami masalah kesuburan adalah Gamogen. Buat masa ini kami tidak pernah mendengar masalah cyst kembali apabila mengambil suppliment gamat.

      1. Timakasih…saya boleh mengambil produk gamogen yg botolnye kale merah..

        1. Ya

  85. Salam,
    Isteri saya ada mengalami luka(ulser) pada saluran esophagus. Saya dapat saranan dr house of healin untuk menggunakan zaniplus. Setelah mencuba sakit tersebut masih tidak berkurangan malah menyebabkan batuk, selsema, dada kepanasan, sakit kepala, 2 hari tidak buang air besar & tidak lawas. KemudiN saya terbaca tentang healin maduka. Ia boleh merawat batuk, selsema dan ulser yang kronik. Adakah ia sesuai untuk merawat penyakit isteri saya.

    1. Healin maduka adalah madu asli, tiada kandungan gamat di dalamnya, tetapi madu telah lama dketahui secara tradisional untuk membantu merawat masalah seperti batuk dan asma. Campuran madu bersama lemon atau serbuk kulit kayu manis boleh mengurangkan batuk. Kesan yang dialamai isteri saudari lebih kepada jangkitan kuman dan lebih sesuai mengambil antibiotik di hospital. Tetapi untuk kepastian, hentikan dulu pengambilan Zaniplus. Ada kemungkinan isteri saudara tidak sesuai mengambilnya.

  86. selamat petang dr..dsini saya nk tnya 3 soalan..1.supliment mna yg sesuai untk isteri(30thn) yg ada masalah kesuburan,haid xtentu,dan sembelit..2.untk suami(40thn) kesuburan,resdung,rambut gugur..3.anak 4thn4bln lambat bercakap dan terlalu aktif..mohon bantuan dr..tq

    1. Untuk isteri yang mangalami masalah kesuburan boleh mengambil Gamogen begitu juga untuk suami, tetapi untuk masalah rambut gugur, kami tidak mempunyai produk yang sesuai. Untuk sembelit boleh mengambil Nutri-S. Untuk anak boleh mengambil suppliment yang kaya dengan Omega3- dan Omega -6 seperti minyak ikan. Gamogen atau Rejusol mempunyai kandungan tersebut, atau boleh juga mengambil suppliment lain yang seumpama di farmasi.

  87. lg satu cmna nk tau produk itu ori atau tiruan?

    1. Belilah produk di cawangan House of Healin yang diiktiraf. Produk asli mempunyai kod dan pelekat hologram

  88. Assalamualaikum,

    Saya mengalami ketumbuhan di bahagian pangkal belakang telinga (cyst), baru membuat pembedahan seminggu yang lalu namun terdapat benjolan baru di tepi kawasan yang dibedah. Harap dr dapat memberi panduan mengenai produk yang sesuai untuk selepas pembedahan dan juga untuk benjolan baru yang timbul. Adakah sebarang produk yang mampu mengecutkan cyst saya ini.

    Terima kasih.

    1. Ada kemungkinan benjolan kesan pembedahan? walau bagaimanapun boleh mengambil Zaniton atau Zaniplus dengan dos 3 kali sehari untuk membantu merawat kesan pembedahan.

  89. Salam…

    1) Ibu saya berusia 57 tahun dan mengalami tekanan darah tinggi, kencing manis, gaut dan gastrik. Dia juga baru disahkan menghadapi sakit buah pinggang namun masih belum diberi makan ubat. Apakah produk sesuai?

    2) Saya berusia 38 tahun dan menghidap tekanan darah tinggi (makan ubat semenjak bulan September 2012) dan kencing manis (makan ubat semenjak bulan Jun 2013). Apakah produk sesuai?

    Terima kasih

    1. Tidak banyak pilihan untuk ibu saudari, dia hanya boleh mengambil Zaniplus atau Zaniton. Zaniplus mempunyai beta karotene yang sesuai untuk pesakit kencing manis mengurangkan risiko katarak.

  90. salam..doctor saya ingin mencari supplement untuk saya, mak dan ayah saya sebagai supplement. tetapi ayah saya berumur 60 tahun mempunyai tekanan darah tinggi dlm 170/90 , saya pula 29 tahun, dari mengandung hingga 2 bulan selepas melahirkan ank pertama mempunyai tekanan darah yang x stabil sekitar 120/80 – 150/90. mak saya pula tiada apa2 masalah..cuma dia seorang yang kuat bekerja….apakah satu produk yang sesuai untuk kami bertiga amalkan…

    1. Puan sekeluarga boleh mengambil Gamogen, tetapi untuk ayah saudari, ambil 1 sudu sehari pada dua minggu pertama untuk melihat kesannya, jika tidak sesuai boleh ditukar kepada Rejusol

  91. tq doc . saya ingin bertanya 1 soalan lagi.
    Bagaimana saya nak tahu sama ada produk tu sesuai atau pun tidak..? apa kesannya sekiranya ia x sesuai..?

    1. Bila produk tidak sesuai pesakit mungkin mengalami kesan alahan seperti gatal-gatal, rasa loya, atau sakit kepala yang berpanjangan. Kesan seperti merasa letih, cepat berpeluh, sakit tumit bagi wanita dengan masalah ovari adalah proses healing crisis normal yang mengambil masa 2-3 hari atau seminggu bagi sesetengah orang.

  92. Askum..sy nk tanye isteri sy br lepas bersalin pembedahan …bolehkah dia mengambik produk healin Ini kerana bayi kami menghidap G6PD dan takut mendatangkan kesan kepada bayi kerana menyusu badan.apakah produk healin yang sesuai untuknya.

    1. Isteri saudara boleh mengambil Zaniplus, ianya campuran gamat, beta carotene dan vitamin B

  93. soalan 1:
    haid tidak teratur.
    kakak saya mengalami masalah haid tidak teratur sejak umur 15 tahun(sekarang 28 tahun). Dalam masa setahun hanya 2 @ 3 kali sahaja dia mengalami haid. Pernah rujuk pada doktor tetapi doktor mengesahkan bahawa ianya hanya berkaitan dengan hormon sahaja.

    soalan 2:
    saya mengalami masalah jerawat di muka. Biasanya jerawat yang tumbuh ialah jerawat batu (tiada nanah tapi lambat surut). Walaubagaimanapun,kesan parut jerawat lama ada di wajah,liang pori terbuka dan nmpk seperti lubang(kesan picit jerawat).

    Produk apakah yang sesuai dengan kedua-dua masalah diatas?

    terima kasih.

    1. Saudari boleh mencuba Gamogen Premium untuk masalah hormon dan haid tidak teratur. Jerawat berkait rapat dengan hormon tetapi untuk merawat jerawat pada muka boleh menggunakan Blemish Clear Complex dan Skin Purifying Gel untuk kesan parut dan pori-pori terbuka.

  94. Doc.. apa produk yg sesuai utk penghidap gastrik yg mempunyai masalah terlalu banyak penghasilan jus gaster dlm perut? Dan apakah beza antara Zaniton dan Zaniplus kerana keduanya boleh digunakan utk pesakit gasrik?

    1. Zaniton dan Zaniplus adalah mengandungi gamat dalam bentuk jeli dan vitamin B kompleks. Tetapi di dalam Zaniplus terdapat kandungan Beta Carotene, prekursor untuk vitamin A, ia baik untuk pesakit kencing manis yang mengalami masalah glaukoma. Kedua-duanya boleh diambil oleh pesakit gastrik, Zaniplus berperasa oren dan Zaniton tidak mempunyai rasa.

      Untuk kes gastrik yang serius, ambik 3 kali sehari.

  95. terima kasih diatas feedback yang diberikan.
    sekiranya saya ingin mengambil produk health suplement,7yang mana lebih sesuai?

    1. Gamogen Premium sesuai diambil sebagai suppliment untuk masalah yg dihadapi

  96. Where can I find “Kementerian Kesihatan Malaysia” registration number on the bottle of the Gamogen – Kualiti Premium?

    1. The number is written on the product box.

  97. salam,saya nak tanya..saya ambil Gamogen premiun sbg suppliment….tapi boleh ke saya makan Gamogen dan madu asli dalam masa yang sama?

    1. Di dalam Gamogen telah terdapat kandungan madu asli tetapi jika ingin mengambil madu berasingan tidak menjadi masalah, terdapat banyak khasiat madu untuk tubuh badan.

  98. sy tlh keguguran 3 kl berturut2 dan masih tidak ada ank lg..sy br sj lps 2 minggu selepas d&c..jd apakh produk yg sesuai untk sy?

    1. Saudari boleh mencuba Gamogen dan cuba banyakkan makanan tinggi vitamin E

  99. saya berumor 59 tahun mengidap AO -sakit lutut yang di dsahkan oleh pihak hospital. apa kah jenis obat healin yang perlu diambil . berapa lama perlu diambil dan bagaimanakah kesan nya terhadap lutut saya . tk

    1. Pesakit OA boleh mengambil Rejusol, jangka masa pengambilan bergantung kepada tindak balas tubuh seseorang, selalunya kesan sakit mula berkurang 2-6 bulan selepas penggunaan. Selalunya doktor memberi pesakit glukosamine dan chondrotin untuk membantu mengurangkan rasa sakit, ia boleh jugak membantu pesakit OA.

  100. salam.doc, saya nk tanya..product muka yg sesuai utk saya kulit muka agk kusam/kering/senstif..umur 30. x ada masalah jerawat.
    kalau ambk bubble cleanser..perlu tmbah dgn yg lain jgk x?

    1. Cuma gunakan skin revitalising essence sebagai pelembab pada waktu malam sebelum tidur, ia mengandungi gamat serta beberapa vitamin seperti vitamin A untuk menyihatkan kulit wajah.

  101. Asmkm, saya disahkan mengidap hypertiroid yg agak tinggi dan simptom yg saya perolehi badan terasa panas dan menganggu mata saya yg kadangkala seperti mahu terbelik. Adakah produk healin dpt membantu saya kembali normal krn saya bakal berkahwin dan mahu mendapatkn zuriat.

    1. Selalunya rawatan untuk hypertiroidism adalah dengan pembedahan atau dengan menjalani rawatan menggunakan iodine radioaktif berserta ubat anti-tiroid untuk mengecilkan saiz tiroid. Saudari dinasihatkan pergi mendapatkan rawatan di hospital dahulu untuk masalah ini.

      Gamogen boleh diambil tetapi kesannya lebih kepada membantu sel-sel untuk cepat sembuh kepada keadaan normal serta membantu meregulasi hormon dalam tubuh.

  102. Slm .
    Ank sy ada msalah kulit ezerma sejak kecil.skarng masih belum hilang wpun dah stahun stengah..adakah produk healin sesuai ank sy

    1. Anak buat boleh menggunakan Derma-x serta mengambil suppliment Zaniplus

  103. Soalan saya,boleh kn produk gamogen,menyambuhkan telinga pekak

    1. Maaf jika ada kecacatan genetik atau kerosakan pada sistem pendengaran, gamogen atau mana-mana produk House of Healin tidak dapat membantu, jika terdapat luka di dalam telinga, ia dapat mempercepatkan penyembuhan tetapi bukan untuk memperbaiki sistem pendengaran yang rosak.

  104. Salam doc, saya ada masalah injap jantung bocor..produk mana yang patut saya ambil?

    1. Untuk masalah jantung dan paru-paru, selalunya produk yang sesuai adalah Rejusol

  105. Slm dr..sy bersalin secara normal dan jahitan sudah kering tetapi sy dpt rasakan yg dalaman pd pintu faraj sy begitu panas cam di bakar dan tapak kaki sy pun rasa cam di bakar dan bisa2…panas cam ada bara yg menyala…boleh kah sy amik zaniplus utk bengkak dan luka dalam…skg sy masih pantang sudah 24 hari..hari ni hari pertama sy mkn zaniplus..boleh ke sy amik zaniplus utk pulih.

    1. Zaniplus sememangnya untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman. Ambil 3 kali sehari dengan dos 1 sudu besar untuk 2 minggu pertama. Selalunya apabila wanita mengalami masalah pada bahagian rahim mereka akan merasa sakit dibahagian tapak kaki.

  106. as salam..anak saya berumur 8bln n mghidap asma.kerap dmam,btuk dan selesema.blehkah mgambi zaniplus

    1. Boleh, tiada masalah, dos 1 sudu kecil dua kali sehari, sewaktu perut kosong

  107. Dr ,

    Bolehkah diambil gamogen dan imunol pada masa yang sama ?

    1. Boleh, kadang-kadang kombinasi ini disyorkan untuk pesakit yg mengalami strok, ambil gamogen pada waktu siang dan imunol pada waktu malam

  108. Salam Dr,
    Saya mengalami buasir dan fistula, doktor menyarankan untuk pembedahan. Produk mana yang patut saya ambil. Saya baru diperkenalkan dengan Rejusol dan mula mengambilnya hari ini. Berapa kerap penggunaan yang harus saya ikut, mengikut arahan di label atau lebih dari itu.
    Harap komen.

    1. Untuk kes saudara, teruskan mengambil Rejusol tapi pada dos 3 kali sehari.

  109. Dr,

    Saya mengalami masalah psoriasis yang agak kronik . Adakah gamogen supplement yang sesuai ?

    1. Untuk masalah psoriasis, produk yg sesuai adalah Imunol dan Derma-X untuk disapu pada kulit.

  110. Askm, ibu sy 60. Ada kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Skrg ibu sy terpaksa di dialisis……baru2 nie ibu sy menjalani pembedahan kecil di kaki dan doc tersebut mengatakan yg kemungkinan jari kaki yg kecil sekali terpaksa di potong …sy nk tahu produk apa yg sesuai dgn ibu sy dan bagaimanama cr pengambilannya..terima kasih…a

    1. Produk yg sesuai untuk pesakit adalah Zaniplus, ambil dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari.

  111. salam.
    Ibu saya berusia 67 tahun mengidap darah tinggi dan kencing manis yg terkawal mengalami masalah sakit dan kebas kaki yangg menyukarkannya untuk berjalan dan bapa pula mengalami kencing manis dan sering sakit sendi di bahagian lutut.apakah produk yang sesuai untuk ibu dan bapa saya?

    1. Kedua ibu-bapa saudara/i boleh mengambil Zaniton sebagai suppliment, ambil dalam dos yg disyorkan

  112. Assalamualaikum wbt.
    Saya ingin bertanya, adakah gamogen mampu merawat kanser darah (leukimia)?
    atau dengan kata lain, memusnahkan atau melambatkan sel-sel kanser dari membiak dalam badan.

    terima kasih.

    1. Di dalam Gamogen terdapat gamat dan juga kandungan chlorofil, yg boleh menggantikan ferum sebagai pengangkut oksigen dan bahan anti oksida. Gamat membantu mempercepatkan proses pertumbuhan sel-sel baru. Kami tidak boleh mengatakan ia mampu memusnahkan sel-sel kanser tetapi melalui testimonial pengguna, mereka mendapati tubuh mereka lebih bertenaga dan sel-sel kanser menjadi kurang aktif. Ia mungkin kesan gamat yg mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel yg rosak.

  113. dr..bagaimana jika saya ingin attach gambar saya pada pihak dr supaya pihak encik dapat memberikan jenis prod yg sesuai dengan masalah saya?

    1. Kami telah emailkan alamat email untuk berhubung dengan Dr Hassan berhubung masalah saudara/saudari.

  114. salam. doktor, semasa mengandung saya mengalami HB rendah atara 9 ke 10.. dalam pemeriksaan kesihatan baru2 ini.. blood pressure – syslotic saya adalah 120, blood pressure – diatoic saya 76 dan blood pressure – pulse rate adalah 84. sekarang saya mengamalkan gamogen premium.. sehari dua mengamalkannya saya agak pening dan hendak pitam tapi situasi itu tidak lama (tak sampai seminit sekali sehari, dalam jangka masa 3hari). sekarang alhamdulillah dah mula ok.. apakah produk yang sesuai dan bolehkah saya terus menagamalkan gamogen premium? Terima kasih

    1. Kesan yg dialamai adalah kesan healing crisis biasa yg dialami pesakit yang baru mengamalkan Gamogen. Ia kadang-kadang mengambil masa hampir 2 minggu untuk hilang. Tiada masalah untuk meneruskan pengambilan Gamogen sekiranya kesan tersebut beransur hilang. Kurangkan dos atau hentikan pengambilan jika kesan tersebut berterusan dengan agak lama. Ia mungkin tidak sesuai dengan pesakit sekiranya itu berlaku.

  115. ibu saya pula mengalami sakit jantung (injap tersumbat) dan disyorkan mengamalkan gamatol. adakah ianya sesuai.. thanks doktor

    1. gamatol sesuai untuk pesakit jantung dan yang mengalami masalah paru-paru. Teruskan mengambil Gamatol

  116. saya ada beli gamat Asli di kedai ubat Brunei.pertanyaan saya adakah nombor pendaftaran ini asli.yang berdaftar MAL07082934T.tolong jelaskan sekian terima kasih

    1. Boleh kami tahu produk yg dibeli adakah produk House of Healin?

  117. Salam sejahtera,

    Ayah berumur 63tahun,mengalami masalah darah beku di pergelangan kaki,ia menjadi warna kehitaman dan timbul kudis.Apabila ditekan,ia mengeliarkan lendir.Tiada masalah kencing manis atau darah tinggi.Pemeriksaan doktor mengatakan pelancaran darah tidak teratur mengakibatkan darh beku.Apakah produk tang sesuai……..Sekian terima kasih.

    1. Salam sejahtera.

      Buat masa ini produk yg sesuai untuk ayah saudara adalah Zaniplus. Ambil dengan kadar 1 sudu besar 3 kali sehari.

  118. salam….saya fariz…sya nk minta pendapat.dah hampir 3minggu shingga hari ni saya sering mengalami saking pinggang belakang bahagian kiri..sakit ni buat saya xdapat duduk lama.bila batok atau bersin saye dapat rasakan sakit tu….apa sebenar penyakit ni..adakah ade kaitan dengn sakit buah pinggang?

    1. Salam,

      Ada banyak sebab mengapa seseorang mengalami sakit dibahagian pinggang, ginjal terletak di bahagian atas dari paras pinggang, jika anda merasa sakit dibahagian tersebut ada kemungkinan anda mengalami jangkitan pada ginjal atau yg berkaitan tetapi ia juga mungkin simptom untuk kanser.

      Untuk itu, anda dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor di hospital untuk kepastian.

  119. salam. saya berumur 23 thn.kulit muka saya mempunyai jerawat kecil2 dan bintik2 hitam(jeragat).sy nk tnye adakah produk mira Q sesuai untuk menghilangkan bintik hitam dan jerawt utk kulit sy?

    1. Salam, Mira-Q sesuai untuk merawat jeragat, tetapi untuk masalah kulit saudari, kami syorkan penggunaan blemish clear complex untuk merawat jerawat, seterusnya gunakan krim miralin dan Mira-Q night cream untuk menghilangkan jeragat.

  120. Salam..sy nk tnya bapa mentua sya baru buat pembedahan bisul, dh 3 bln but masih xkering2 lg..?? N dia juga ada masalah jntung, kencing manis n drh tinggi..dia ada buat bypast untuk jntung dh 4 thn..produck apa yg sesuai untuk dia ya…?? Thx..

    1. Salam,produk yg sesuai untuk masalah yg dihadapi adalah Zaniplus. Ambil Zaniplus dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari.

  121. as salam
    1. saya ada mengalami sakit lutut yg tidak kerap hanya di sebelah kanan, selalu mengalami kebas pada bahagian tangan terutama disekitar pangkal ibu jari dan jari yg lain terutama pada waktu tidur/bangun tidur dan rasa sakit pada waktu siang di bahagian pangkal ibu jari sehingga ke pergelangan tangan. Saya juga ada masalah sinus dan ketidak stabilan hormone, akibatnya sakit senggugut, migraine dan jerawat setiap kali sebelum atau ketika datang bulan. Supplement mana yg paling sesuai buat saya.
    2. Anak saya umur 8 tahun ada masalah allergic rhinitis yg sebabkan kegatalan yg teruk di dalam kelopak mata, juga ada asma, sinus, enlarged tonsil dan gastrik, utk masalah gatal matanya opthamologist prescribed eye drop dan syrup desloratadine utk jangka masa yg agak lama – hampir 2.5 tahun. dia juga selalu mengalami pening kepala boleh dikatakan setiap hari. apakah produk yg sesuai?
    3. anak saya umur 6 tahun ada masalah eczema dan sinus – hidung tersumbat hampir setiap hari, apakah supplement yg sesuai?
    4. anak saya umur 2.5 tahun ada masalah bronchitis asthma dan allergic rhinitis, apakah supplement yg sesuai?

    utk semua supplement healin yg dicadangkan adakah perlu digunakan utk jangkamasa panjang? sekirannya berhenti adakah semua masalah kesihatan yg disebutkan akan berulang.?

    terima kasih.

    1. Untuk anak anak puan produk imunol sesuai dan untuk masalah ekzema boleh gunakan krim derma-x selain mengambil imunol.

      Untuk puan, cuba ambil gamogen, diingatkan untuk peringkat awal puan mungkin mengalami migrain dan segugut yg lebih teruk. Jika terlalu teruk kurangkan dos pengambilan.

      Untuk penyembuhan ia perlu diambil untuk jangka masa panjang sehingga dirasakan mereka sembuh sepenuhnya. Tetapi boleh berhenti mengambilnya selepas itu kerana ianya bukan bahan seoerti steroid yg menyebabkan kerbergantungan pesakit padanya.

      Suppliment kami untuk membantu penyembuhan, ia bukan dadah. Jadi tiada masalah untuk berhenti selepas sihat.

  122. salam,
    saya ade masalah usus besar yg sekarang ni tidak berfungsi sepenuhnya daalam proses menyerp air….
    dan juga masalah hati yg sudah kecut… adakah gamogen dapat membantu mengurangkan masalah ini?????
    dan jika ada yg manakah produk yg sesuai???????

    1. Saudara tidak disyorkan mengambil Gamogen, penggunaan Zaniton atau Zaniplus lebih sesuai, kami tidak syorkan pengambilan Gamogen kerana pesakit yang mengalami masalah hati akan mempunyai masalah memproses bahan seperti minyak ikan yg terkandung didalam Gamogen, oleh itu pengambilan suppliment berasaskan air lebih sesuai.

  123. Saya nak bertanya kpd Dr abang saya mengalami penyakit kulit psoriasis yg serius.
    Soalan saya apakah ubat yg sesuai untuk mengubati penyakit tersebut dan kesannya.Terima kasih

    1. Untuk masalah Psiorosis, abang saudari disyorkan menggunakan Derma-X dan mengambil Imunol sebagai suppliment. Kedua-duanya dirumus khas untuk permasalahan kulit. Pengguna Derma-X akan merasa gatal dalam 3 minggu pertama, kesan sel-sel rosak yang mati. Ketika ini pengguna disyorkan menyapu krim Vaselin pada kulit untuk menggurangkan rasa gatal Selain itu, penggunaan Derma-X dan Imunol tidak memberikan sebarang kesan sampingan.

  124. Salam. Utk pertanyaan tuan. Setelah mengambil imunol utk phidap resdung(isteri). Isteri saya sentiasa batuk dgn kahak yg kuat dan pekat utk tmpoh 3 hari.. hari seterusnya masih batok n kahak agak kurang sehingga hari ke 8(terkini) .. adakah keadaan ini akan berterusan atau bagaimana. T.kasih

    1. Reaksi seperti batuk dan kahak yg pekat adalah biasa bagi pesakit resdungyg mengambil Imunol, selalunya ia akan berlaku dalam tempoh 1-2 minggu. Jika ia masih berterusan dan bertambah teruk selepas itu, dinasihatkan kurangkan dos pengambilan.

  125. As salam,

    Doktor,

    Boleh beri cadangan produk Healin yg paling sesuai jika:

    1) mengalami masalah cyst di luar buah pinggang dan jangkitan dalam lapisan usus?
    2)Selain itu, adakah gamogen premium sesuai untuk individu yg mempunyai masalah kolestrol tinggi?
    3)Ibu saya berusia 60 tahun, tidak mempunyai masalah kesihatan serius, cuma kadangkala sakit lutut dan keletihan sahaja.

    Harap doktor dpt membantu.tqvm

    1. Salam,

      1. Jika jangkitan berkaitan bakteria atau virus, dapatkan ubat antibiotik dari hospital terlebih dahulu. Tetapi untuk rawatan susulan bolehlah mengambil Zaniton.
      2. Jika kolestrol terlalu tinggi, boleh mengambil Rejusol terlebih dahulu, tetapi jika tidak boleh terus mengambil Gamogen, setiap suppliment yg mengandungi gamat dapat membantu mengurangkan kolestrol di dalam darah.
      3. Ibu anda boleh mengambil Gamogen sebagai suppliment, jika masalah lututnya serius boleh juga mengambil glucosamine dan chondroitin yg ada dijual di farmasi.

  126. saya ingin bertanya..anak saya baru 2 hari berkhatan…produk gamat yg manakah yg sesuai untuk penyembuhan luka dengan cepat? Adakah zaniplus sesuai?

    1. ianya ada sedikit nanah wpun di lap dengan kering..adakah lukano sesuai utk sapuan luaran agar nanahnya cepat kering?

    2. Salam, maaf atas kelewatan menjawab

      Ya, produk zaniplus boleh diambil untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Penggunaan lukano boleh keatas luka tetapi pastikan tiada nanahnya sudah kering baru disapu kerana, takut luka tersebut tertutup tetapi nanah didalam tidak kering sepenuhnya.

  127. Salam,

    Saya ada masalah kulit yang teramat kering dan bersisik sehingga keluar seperti habuk2 apabila di gosok.

    Produk apa yang sesuai utk masalah saya ni?

    terima kasih

    1. Salam, produk yg sesuai untuk masalah kulit kering adalah Skin Smoothing and Moisturizing Lotion. Untuk kaedah tradisional, amalkan menggunakan minyak zaitun sebagai pelembab kulit.

  128. isteri saya mengalami jerawat teruk di muka. dah minum gamogen botol yg ketiga. tapi masalah jerawat kurang dalam 30 peratus sahaja. Tekanan darahnya adalah 110/70. Perlukah saya tukar produk lain?

    1. Tekanan darahnya adalah normal, tidak perlu risau, tidak perlu menukar ke produk lain, teruskan mengambil Gamogen disamping menggunakan pencuci wajah dan krim jerawat untuk merawat masalah yg dihadapi.

  129. Salam DR,
    Saya mengidap PCOS iaitu ovari membengkak dan haid tidak datang. saya dah berumah tangga 2 tahun dan belum mempunyai anak. Mohon DR untuk mencadangkan produk gamat yang sesuai dengan masalah ini. Terima kasih.

    1. Salam, produk yg sesuai untuk masalah kesuburan dan hormon tidak stabil adalah Gamogen, untuk permulaan kesanya mungkin darah haid akan datang dengan lebih banyak dan terasa sakit di bahagian tumit kaki.

  130. Assalam…saya mempunyai cyst dan fibroid..saya cuma nak bertanya… bagi pesakit fibroid ni…bolehkah mengambil pemakanan berasakan gamat ni…ade segelintir mengatakan gamat boleh menyuburkan lagi fibroid… mana satu betol ni yer…untuk pengetahuan saya…..

    1. Salam, tiada bukti yg menyatakan gamat akan menyuburkan fibroid, sebaliknya ada testimoni yg menyatakan fibroid mengecut setelah mengambil gamogen bersama gamavita.

      Harap maklum

  131. Salam DR,

    Emak saya buat operation buang Rahim dan ada penyakit kencing manis. Jahitan di perut lambat sembuh, bernanah dan salah serong kawan saya memperkenalkan produk ini. Bolehkah saya guna produk ini untuk emak saya yang baru 2 minggu buat pembedahan.

    1. Salam

      Ya, produk seperti Zaniplus atau Zaniton sesuai untuk mempercepatkan luka, ia boleh diambil sejurus selepas pembedahan kerana ia berasaskan sumber semulajadi yg tidak akan menghalang kesan ubat yg diberikan doktor. Untuk luka yg baru ambil dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari.

      Terima kasih.

  132. salam,
    suami sy penghidap kencing manis, dan di bahagian buku lali kakinya sudah terdapat luka sebesar duit 50sen..bole tuan cadangkan produk yang sesuai utk beliau gunakan..ubat makan atau utk sapuan sekiranya ada. terima kasih.

    1. Salam, disyorkan penggunaan Zaniplus, ambil dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari. Terdapat gel gamat ‘Lukano’ yg boleh digunakan untuk mempercepatkan menyembuhan luka, tetapi dinasihat menggunaka ia pada luka selepas ia kering, kerana takut luka tertutup kerana Lukano mempercepatkan proses penutupan luka pasa kulit.

  133. Saya ingin mjarakkn kehamilan.kerana ank 1st bru 2thn lebh n 2nd baru 6bln lebih.saya takut ingin menggunakan kaedah pencegah kehamilan yg disyorkan.
    adakah dari jens pemaknn @ minumn yg ada utk mjarakkn kehamilan?
    adakah gamat jika diamalkan bolh mjarakkan kehamiln?
    mohon reply.

    1. Salam, buat masa ini produk kesihatan kami tidak mempunyai sebarang unsur yang mampu untuk menjarakkan kehamilan. Ia adalah suppliment kesihatan dan produk seperti Gamogen banyak membantu untuk meningkatkan kesuburan, bukan sebaliknya. Diharap puan boleh mandapat khidmat nasihat doktor untuk masalah ini.

      Terima kasih.

      1. assalamualaikum,
        jari saya terkna rntai basikl dan terputus hingga kuku…ubt apakh yg ptut saya mkn…sudah sebulan jadi…luka di jari saya sudh kering api sekali -sekala masih rsa sakit…

        1. Waalaikumsalam, saudara boleh mengambil zaniplus untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman

  134. salam ,

    ayah saya berumur 41 tahun dan menghidap penyakit kulit scleroderma , apakah produk healin yg sesuai untuk penyakit ini ?

    terima kasih

    1. Salam,

      Untuk masalah seperti scleroderma, biasanya kami mengesyorkan pengambilan

      Salam, untuk masalah seperti scleroderma, antara produk yang sesuai adalah Imunol, tetapi terdapat juga pesakit yg lebih memberi reaksi positif dengan pengambilan Gamogen.

  135. Salam..
    Saya baru menggunakan gamogen premium bagi tujuan menjaga kesihatan. Pada kali pertama saya mengambil 2 sudu dan terdapat kesan seperti pening dan panas badan. Saya adalah perokok dan mempunyai sedikit masalah resdung. Mohon nasihat. Terima kasih

    1. Salam, kesan seperti pening dan rasa panas badan, kerap berpeluh atau sakit kepala adalah simptom biasa untuk pengguna yg baru menggunakan gamogen lebih lagi pada mereka yg sedah sedia ada mempunyai masalah kesihatan. Ia biasanya hilang dalam tempoh 2 minggu. Banyakkan minum air untuk meningkatkan proses perkumuhan toksin

      1. Apakah produk sesuai untuk pesakit psiorosis pada masa yang sama tekanan darah rendah, gastrik (angin),dan sudah 6 thn berkahwin memiliki anak kembar tetapi kurang subur dalam jgkamasa 6 tahun. Adakah gamogen sesuai untuk kombinasi penyakit di atas?

        1. Untuk masalah saudari, kami lebih mengesyorkan pengambilan Imunol berbanding Gamogen, kerana gamogen kurang sesuai untuk pesakit yang mengalami masalah tekanan daraha rendah. Untuk Psiorosis boleh gunakan krim Derma-x pada bahagian kulit.

  136. apakah produk yang sesuai untuk menyembuhkan buasir bagi wanita mengandung

    1. Puan boleh mengambil Zaniton untuk membantu masalah buasir yang dialami. ambil dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari

  137. Salam, Dr. Saya sudah bersalin sebulan.tapi jahitan episotomi saya terbuka..setiap kali buang air kecil dan air besar terasa sakit bila terkena air.kelihatan ada luka di bahagian jahitan.saya juga sering rasa sakit di bahagian jahitan ketika saya duduk menyusukan bayi.produk apa yg sesuai untuk saya cepat pulihkan masalah jahitan saya tu..zaniplus atau zaniton..? Macam mana dengan lukano pula?

    1. Zaniton atau Zaniplus kedua-duanya sesuai, bezanya, Zaniplus mengandungi beta karotene berbanding Zaniton dan berperisa oren. Ambil 1 sudu besar 3 kali sehari untuk mempercepatkan proses penyembuhan.Lukano boleh disapu pada bahagian luar apabila luka untuk mempercepatkan proses penyantuman luka

  138. Saalm dr..bg psakit gout yg prnh operate pd thun lps,sesuai tak ambil gamogen? Sbb bapa sy bru mngamalkn gamogen dsbbkn kaki bengkak..tp 2@3 hari slps tu bgkk mkin surut dan luka makin kering..bapa sy turut mkn Ubt cair drh dr hoptl, bolehkh bcmpur ubt+gamogen?..terima ksh..

    1. Kami selalunya tidak mengesyorkan mencampur ubat homeopati bersama pengambilan suppliment gamat, kecuali ubat-ubat/makanan tradisional yang memang diketahui kandungannya seperti ikan haruan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan sebagainya. Ubat homeopati atau ubat-ubat lain yg tidak mempunyai ramuan khusus dikhuatiri akan memberi kesan sampingan dan apabila itu terjadi, kita tidak tahu produk apa yang menjadi puncanya.

      Oleh sebab itu ianya tidak digalakkan.Pengambilan Ubat-ubatan hospital yg diperskribsikan doktor tidak menjadi masalah untuk diambil bersama.

  139. salam dr.hassan. anak saya berumur 1 bulan. menghidapi penyakit jantung berlubang. saya difahamkan produk zaniplus boleh membantu penyembuhan. bagaimana cara pengambilan? bayi yang minum atau saya? (bayi minum susu ibu sepenuhnya)

    1. Ianya diberikan kepada bayi, 1 sudu kecil, 2 kali sehari.

  140. salam..
    Sy ada mslh buang air besar berdarah..sudah jumpa doktor pakar..lepas buat colonoscopy, hasilnya sy kena radang usus dan ada internal buasir..doktor bg ubt tp lpas 2 mggu bila buang masih berdarah..sy mahu cuba produk house healin..yg mana sesuai untuk sy ?

    1. Saudari boleh mengambil Zaniton dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari.

  141. saya mengalami gestrik .saya minum zaniton alhamdulillah…saya juga ada darah tinggi mencapai 185/98….faktor darah tinggi adalah pembuloh tersumbat.. kalestrol saya ditahap ok…( report doktor)……apakah gamat yang sesuai untuk saya…

    1. Ya encik boleh mengambil suppliment gamat. Cuma mungkin diawal pengambilan encik akan merasa letih atau kerap berpeluh.

  142. ada tak jenis gamat yang bolih membersihkan plug pembuloh darah

    1. Gamat emas yang digunakan didalam produk House of Healin mempunyai fungsi untuk membersihkan kolestrol dalam pembuluh darah.

  143. Salam
    Saya mengalami cyst, sudah seminggu ini saya mengambil gamogen,kepala terasa pening badan pula panas dan berpeluh
    ,tumit sebelah kanan terasa sakit,perut sebelah kiri pun sakit,hari kelima perut terasa kejang,sakit nya menjalar hingga ke belakang. Saya mengambil 1 sudu sehari 2x…Manakah yg lebih baik saya ambil gamogen atau zaniplus

    1. Bagi pesakit yang mengalami masalah rahim, mereka akan terasa sakit di bahagian tumit, perut dan kesan seperti berpeluh dan rasa panas kesan proses penyembuhan. Banyakkan pengambilan air masak. Kesan itu berlangsung selama 2-4 minggu bergantung kepada badan pesakit. Teruskan pengambilan, jika kesan semakin teruk hentikan pengambilan atau kurangkan dos kepada 1 sudu besar 1 kali sehari.

  144. APAKAH JENIS.. GAMAT HEALIN / GAMAT EMAS YANG PATUT SAYA AMBIL …

  145. Assalamualaikum..
    Dr, ayah saya menghidapi tekanan darah tinggi dan selama dalam 2 tahun lebih saya memberi beliau makan gamogen. Tetapi untuk soal jawab dalam website ini ada menulis yang gamogen tidak sesuai kepada orang yang mengalami masalah tekanan darah.. tanpa menyebuh tekanan darah rendah atau tinggi….Boleh tak dr ulas sedikit?

    Terima kasih

    1. Gamogen tidak sesuai untuk pesakit darah rendah, kerana ia bertindak mengurangkan tekanan darah. Tetapi pesakit darah tinggi jugak kadang-kadang tidak disyorkan pengambil Gamogen sekiranya tekanan darah mereka amat tinggi, kerana kesan ‘healing crisis’ yang dialami mereka kadang-kala amat teruk seperti muntah dan pening. Oleh sebab itu selalunya kami syorkan pesakit kencing manis mengambil Rejusol/Gamatol dahulu sebelum bertukar kepada Gamogen.

  146. Dr, saya ni kurus dan kurang selera makan sejak ada anak.mungkin penat salah 1 nya.gamogen sesuai tak utk sy?

    1. Salam saudarai boleh mengambil Gamogen sebagai suppliment untuk menambah tenaga. Untuk menaikan berat badan atau selera makan, ianya tidak dijamin, kerana setiap individu mempunyai reaksi berbeza apabila mengambil gamat. Gamat bertindak membuang kolestrol dalam pembuluh darah, bagi sesetengah orang itu menyebabkan meraka menjadi lebih lapar, bagi sebahagian yang lain pula, mereka menjadi lebih kurus.

      Tetapi sebagai suppliment untuk membekalkan vitamin dan tenaga, Gamogen amat sesuai.

      1. Terima kasih :).

  147. salam dr..
    gegendang telinga sy telah koyak dan berdarah..agak teruk juga..apa produk yang sesuai untuk saya?

    1. Salam, saudari boleh mengambil Zaniton untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pada gegendang telinga.

  148. Salam Dr,
    Saya telah mengalami trauma gegendang telinga pecah dan berdarah..apakah produk yang sesuai untuk saya ambil bagi menyembuhkan luka dalaman dan membaik pulih pendengaran?

    1. Salam, saudari boleh mengambil Zaniton untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pada gegendang telinga. Tidak dilupakan dapatkan khidmat pakar ENT untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami.

  149. Salam, adik saya baru di kesan mengalami masalah buah pinggang yg kronik(kedua2 belah). Dia juga mengalami kencing manis dan darah tinggi, Disebabkan buah pinggangnya lemah, maka pernafasan nya terganggu. Dia juga menghadapi masalah datang bulan yang kerap (kadang2 tak berhenti berminggu2). Perutnya juga besar. Umurnya sekarang 50 th. Gamat yang manakah yang paling sesuai untuk dia. Terima kasih.

    1. Bagi mereka yang mengalami masalah buah pinggang, disyorkan mengambil Zaniplus atau Zaniton sahaja. Suppliment gamat yang lain kurang sesuai kerana badan pesakit kurang mampu memproses kandungan-kandungan kompleks yang lain. Ambil dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari semasa perut kosong

  150. Salam dr, saya berusia 32 tahun, belum kawin n mempunyai masalah PCOS, saya sentiasa mengambil pil perancang utk membolehkn saya period, masalah PCOS menyebabkan saya lebih mudah menghidapi kencing manis dan darah tinggi. Saya belum mendapat pengesahan dr, ttg kencing manis dan darah tinggi, tetapi mempunyai tanda2 kedua penyakit tersebut, iaitu jari tangan mudah kebas, n tumit kaki sakit bila bangun tidur. Bila makan daging kuantiti banyak akan mudah pening. Sekarang saya makan gamogen, n stop makan berat waktu malam. Mohon pandangan dr.

    1. Salam, saudara telah mengambil langkah yang betul dengan mengurangkan pengambilan makanan berat pasa waktu malam. Sebaiknya pergi dapatkan nasihat doktor berkaitan masalah kencing manis dan darah tinggi. Jaga pemakanan dan amalkan bersenam. Teruskan pengambil Gamogen.

  151. Saya baru seminggu menjalani pembedahan cyst di ovari.dalam masa yang sama Saya mengandung 4 bln.gamat yang mana yang sesuai untuk Saya disamping tidak bahaya pada baby dalam kandungan.dalam masa yang sama Saya dibekalkan dengan ubat hospital seperti ubat kuatkan rahim dan asid folik.bagaimana cara pengambilannya yang terbaik adakah boleh makan serentak atau waktu memakannya berlainan

    1. Saudairi boleh mengambil Zaniplus untuk penyembuhan pembedahan. Tiada masalah untuk kandungan kerana kandungan Zaniplus adalah bahan semulajadi dan ia juga boleh diambil bersama ubat doktor. Zaniplus diambil semasa perut kosong dan jarakkan penggunaan ubat dalam 1/2 jam selepas itu.

  152. Salam…produk apakah yang sesuai untuk..:-
    1) kulit muka yang menggelupas dan kering..
    2)darah tinggi
    3)kencing manis
    4)sakit lutut (mak saya siap gunakan tongkat)

    TERIMA KASIH….

    1. Salam,

      1.untuk kulit muka yang kering dan mengelupas, gunakan Skin Revitalising Essence ataupun Skin Revival Essence
      2.Pesakit darah tinggi boleh mengambil Rejusol atau Gamogen
      3. Zaniplus sesuai untuk pesakit kencing manis
      4. Rejusol/ Gamogen juga boleh diambil oleh psakit yang mengalami masalah sendi.

  153. Salam..
    saya lepas menjalani pembedahan bersalin.. Sudah sebulan berlalu tetapi jahitan saya masih belum sembuh.. Malah terkoyak dan bernanah..
    Boleh tak syorkan saya mana satu produk anda yg berkesan utk penyembuhkan jahitan pembedahan yg terkoyak?

    1. Zaniton iaitu suppliment gamat berupa jelly adalah produk yang paling sesuai untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka

  154. suami saya ada sakit kencing manis dengan tahap gula 18 dan memakan obat pil dari hospital. Badan dia semangkin kurus dan terasa sesak nafas bila buat kerja biarpun tidak berat. Apa kah nasihat doktor tentang pemakanan yang perlu di makan dan dihindari oleh pesakit kencing manis ini. Apa supplement yang baik untuk kesihatan nya. terima kasih.

    1. Pesakit kencing manis boleh mengambil Zaniplus. Tetapi disamping itu amalkan senanam ringan sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Seperti nasihat doktor yang lain, kurang pengambilan makanan bergula terutama makanan yg telah diproses seperti didalam tin atau sejuk beku.

  155. Mak saya baru operation membuang jari di kaki… Setelah beberapa hari… Docter mengesahkan luka nya tidak berapa oky … If tidak oky lg… Docter terpaksa membuang sebahagian dr tempat luka … Mak saya juga mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang…. Telah melakukan dylisis selama 1 tahun… Product apa yg sesuai utk mempercepatkan pembaikan luka di bahagian kaki mak saya…

    1. Produk paling sesuai adalah Zaniplus. Untuk pesakit buah pinggang, tidak disyorkan mengambil produk-produk lain

  156. assalamualaikum….
    saya dari universiti tempatan…membuat assignment berkaitan Muslim Idol…
    saya memilih Professor Dato’ Doktor Hassan Yaacob kerana beliau adalah sainstis dan juga usahawan…selain itu, beliau juga pernah mendapat anugerah tokoh islam…jadi saya ingin menanyakan beberapa soalan…
    1. bilakah prof memulakan perniagaan healin ini?
    2. bolehkah Prof menceritakan sedikit perjalanan perniagaan ini?
    3. berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini?
    4. apakah pengalaman yang sangat penting bagi prof dalam memajukan perniagaan ini….?pengalaman manis dan pengalaman pahit sepanjang perniagaan ini?

    *setakat ini sahaja soalan saya…mungkin ada penambahan…harap Prof dapat memberi kerjasama kepada saya….dan Prof juga boleh menghantar jawapan melalui email saya…

    1. Rujuk kepada email

  157. Alhamdulillah jari2 tak kebas dah dan tapak kaki pun tak sakit lepas amalkan gamogen selama sebulan, saya juga tambah jumlah air kosong yang diminum. Kebiasaan 1liter sehari kepada 2 liter.cuma kulit wajah saya jadi makin sensitif, berjerawat, berminyak dan jadi agak kasar. Adakah ini kesan pengambilan gamogen.

    1. Gamogen mengandungi kandungan collagen yg tinggi, selalunya kulit menjadi lebih anjal selepas pengambilan gamogen. Salah satu sebab saudari berasa kulit berminyak adalah mungkin kerana proses membuang toksin menjadikan anda cepat berpeluh. Untuk itu cuma amalkan penjagaan kulit wajah seperti kerap membersihkan muka dengan pencuci dan menggunakan pelembab.

  158. Salam Dr, saya telah membuang rahim kerana fibroid yg besar pada 2thn lps dan sejak itu saya mendpt darah tinggi dgn bacaan yg tidak menentu, kekadang smpi 180/120, badan mudah letih dan pernah tertidur semasa dihadapan pc ditmpt keje dan beberapa kali tertido semasa memandu. Baru2 ini saya mengambil zaniplus dan mnta nasihat doktor, produk healin mana yg sesuai utk saya..terima kasih

    1. Ada kemungkinan rasa mengantuk yang dialami adalah kesan darah tinggi. Memandangkan saudari telah menjalani pembedahan membuang rahim, ia juga boleh menyumbang kepada kesan mengatuk kerana sistem kawalan hormon sudah tiada.

      Saudari boleh mengambil Gamogen untuk menambahkan tenaga, zaniplus bagus untuk proses menyembuhan luka serta masalah kencing manis. Gamogen bagaimanapun mempunyai lebih vitamin serta kandungan suppliment untuk membantu sistem keseimbangan tubuh.

      Saudari juga boleh berjumpa dengan pakar sakit puan saudari untuk terapi hormon.

  159. salam dr,
    awal bulan 3 sy wat ujian darah..hasilnya sy ade masalah kolekstrol 5.4 …xtinggi…..dan bacaan hati naik ke 69..doktor dari klinik berkenaan bgtahu hati normal bawah 40…kesimpulan hasil ujian darah doktor tu kata adalah masih kategori normal…
    untuk pengetahuan jgk,sy buat ujian darah kerana berat badan turun,seluar semua dh longgar,perut sy xpernah berbunyi lapar,pinggang sebelah kanan sampai ke atas rasa nyilu…xleh tido malam.tangan sebelah kiri kebas,,jari rasa menyusuk-nyusuk…air kencing kuning gelap dan berbuih..

    jadi sy terus p beli gamogen classic,,dan sy telah guna selama seminggu….adakah produk ini sesuai?

    1. Salam saudara, simpton saudara lebih kepada masalah hati atau ginjal, untuk ini kami selalunya tidak mengesyorkan pengambilan Gamogen, Zaniplus lebih sesuai, Jika saudara tidak mengalami masalah ketika mengambil Gamogen, teruskan pengambilan, dan tukar kepada Zaniplus selepas ini.

  160. jika sy menggunakan gamogen classic dan zaniplus,,,boleh ke?minum serentak ke atau masa-masa tertentu?leh terangkan kat sy?

    1. Zaniplus tidak mengandungi kandungan supplement lain seperti omega3-omega-6, klorofil dan lain-lain dan berasaskan air. Selalunya kami syorkan untuk mereka yg menghadapapi masalah hati kerana ia tidak mempunyai banyak kandungan yg perlu diproses oleh hati.

      Jika saudara tidak menghadapi masalah mengambil Gamogen, boleh mengambil Gamogen pada waktu pagi dan Zaniplus pada waktu malam. Tiada masalah untuk mencampur keduanya kerana bahan asasnya adalah sama dan semua kandungan semulajadi.

  161. Assalam tuan..saya ade masalah gastrik…asma ..dan gaut…produk ape yg bagus untuk saya??

    1. Waalaikumsalam, saudara boleh mencuba mengambil Rejusol. Ambil 3 kali sehari ketika perut kosong. Perlu diingatkan ini adalah produk supplement, maka kesan produk adalah dalam jangka panjang seperti 3-4 bulan selepas pengambilan.

  162. dr, adakah gamogen juga boleh membantu masalah resdong? Adik saya mempunyai masalah nafas berbau, rambut gugur dan alahan makanan laut akibat resdong?

    1. Produk Imunol dirumus untuk mereka yang mengalami masalah seperti resdung dan alahan. Ianya juga produk yg dirumuh untuk mereka yang mengalami alahan makanan laut. Masalah keguguran rambut lebih kepada masalah hormon.Kami tidak mempunyai produk khusus untuk hal tersebut.

  163. Isteri saya mengalami jahitan terbuka selepas bersalin..apakah produk yg dpt menutup semula lubang tersebut tanpa perlu menjahit kembali tempat tersebut..adakah produk tersebut boleh digunakn oleh ibu yg menyusukan anaknya..

    1. Jika luka yang terbuka itu dalam, lebih baik dijahit semula dan kemudia ambil Zaniplus untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Jika luka sudah kering, boleh sapukan Lukano

  164. Dr, kucing saya baru patah kaki. Apa produk sesuai dan selamatkah untuk kucing mkn?

    1. Kami mempunyai pelanggan yang memberikan Zaniton untuk kucing beliau sembuh daripada luka dan patah. Dia memberikan satu sudu kecil pagi dan malam. Saudari boleh mencuba kaedah yang sama.

  165. Salam.. mak saya mengalami masalah kebas pada bahagian kaki, tangan dan kepala termasuk bahagian muka.. mak saya mengalami masalah gaout dan juga angin dalam badan serta kolestrol yang tinggi.. apa produk yang sesuai untuk mak saya…? Tq…

    1. Salam, produk Rejusol sesuai untuk masalah yang dialami oleh ibu saudara, pengambilan seperti yang disyorkan iaitu 1 sudu besar 2 kali sehari ketika perut kosong.

  166. salam doktor..
    anak saya 4 bulan baru menjalani pembedahan avsd closure minggu lepas. aapa produk yang boleh diambil untuk proses penyembuhan? bilakah waktu terbaik untuk anak saya mengambilnya?

    1. Anak saudari boleh diberi 1 sudu kecil Zaniplus waktu pagi dan petang sebelum dia mengambil susu untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan. Jika luka sudah kering, boleh disapu Lukano pada luka.

  167. salam doktor
    utk pengetahuan doktor sy ada gastrik ,asma,alergik pada makanan laut,ayam.sy baru 2hari minum gamogen.selepas sehari minum gamogen badan sy mengalami keletihan n sakit badan.dan paling tk tahan ada gatal-gatal.kemerahan2.melarat ke kepala n muka.sy ada terbaca kt artikel gamat boleh menyembuh penyakit2 sy.tp sy ada jgk baca jika seseorg tu alah pd makanan laut mmg alah dgn gamat.sbb gamat khazanah laut.adakah mmg sy tidak boleh menggunakan bhn berasakan gamat ? apa kah produk yg sesuai utk sy?..

    1. Jika saudara mengalami kesan alahan seperti itu, hentikan pengambilan. Kami mempunyai produk Imunol untuk mereka yang mengalami masalah alahan, tetapi melihat kepada reaksi tubuh saudari, reaksi tubuh saudari adalah agak ekstrim, oleh sebab itu jika ingin mencuba, ambil dengan dos imunol yang kecil seperti 1 kali sehari dahulu untuk membiasakan tubuh dengan kandungan Imunol sebelum mengambil dengan dos biasa.

    2. Salam Dr hassan. Boleh saya tahu produk healin gamat yang dapat membantu mengecutkan/mengecilkan fibroids? bagaimanakah produk itu membantu proses pengecutan fibroid dan berapa lama sekurang-kurangnya ubat itu perlu diamalkan untuk kesan yang efektif? Adakah mustahil fibroid boleh hilang terus dengan mengamalkan produk ini? Akhir sekali, dimanakah boleh mendapat produk healin gamat yg original? Terima kasih.

      1. Salam, mengikut kajian kes kami,mengambil Rejusol yang diambil setiap hari disertakan dengan minuman Gamavita beberapa kali seminggu dapat membantu mengecutkan fibroid, kesanya mengambil masa dalam lebih kurang 2 bulan selepas diamalkan. Perlu dingatkan produk-produk House of Healin adalah supplimen berasaskan gamat dan bukannya ubat dan kadang-kadang terdapat pesakit yang tidak memberi tindak balas positif terhadapa pengambilan gamat. Tetapi majoriti maklum balas yang kami terima adalah memberangsangkan.

        Produk original boleh didapati di semua cawangan House of Healin.

  168. Sayà telah menyemak gamogen susp.dilaman kkm tetapi tiada dalam senarai mengikut nama produk,no. Mal pula tiada pada botol.adakah produk INI mendapat kelulusan Dari kkm?-pengguna baru

    1. Produk ini dikategorikan sebagai produk makanan kesihatan yang mendapat kelulusan KKM, kerana ia adalah produk makanan, tiada no MAL untuk produk ini. Harap maklum

  169. Salam doktor..anak saya telah lebih 10thn mkn dan minum melalui tiub yg ditebuk diperut.skrg tiub tersebut telah dicabut tanpa dijahit lubangnya kerana sekarang beliau boleh minum melalui mulut.saya ada bg beliau makan gamoden premium tetapi masih belum menunjukkan apa2 kesan terhadap luka tersebut.adakah gamat itu sesuai dgnnya.minta nasihat dari doktor apakah jenis gamat yg sesuai dgnnya.

    1. Jika Gamogen tidak memberi tindak balas, ambil supplimen asas seperti Zaniplus atau Zaniton, mungkin kandungan minyak didalam Gamogen serta vitamin tambahan yang ada tidak dapat diproses dengan sempurna oleh tubuh anak puan. Oleh itu ambil suppliment asas yang hanya mengandungi gamat seperti Zaniplus atau Zaniton.

  170. Dr,
    Bolehkah ibu saya yg berumur 77 tahun dan mengalami bronkitis menfambil gamogen? Apakah kesan sampingan akibat pengambilan gamogen ini sekiranya ada. Terimakasih

    1. Pesakit bronkitis boleh mengambil Gamogen cuma pada permulaannya dia akan mengalami keletihan, cepat berpeluh serta kerap membuang air kecil. Banyakkan meminum air.

      Boleh juga beri Imunol kepada pesakit. Bronkitis selalunya berkait dengan jangkitan pada paru-paru, dapatkan nasihat doktor mengenai rawatan, ambil ubat yang diberikan doktor sekiranya ada. Gamogen boleh diambil bersama ubat-ubatan doktor. cuma jarakkan masa pengambilan.

  171. Dr,
    Mengikut penjelasan doktor, saluran-saluran udara dalam paru2 ibu saya sudah kembang dan diperingkat agak severe. Keadaan ini menurut doktor, dipanggil bronkitis.

  172. Salam..saya mengalami fibroid 8cm dirahim..apakah jenis produk gamogen yang sesuai untuk mengecutkan/mengecilkan fibroid saya..terima kasih dr..

    1. Salam, saudari boleh mengambil Rejusol untuk masalah yang dialami untuk membantu mengecutkan fibroid

  173. Salam,saya baru operation buang cyst ovary saya pada awal bulan 1,dan kini disahkan mengandung dgn usia kandungan baru nak masuk 2 bln. Kesan luka operation dlm rahim saya masih terasa sakit dan saya andaikan masih belum sembuh sepenuhnya luka pembedahan tersebut walaupun saya mengamalkan minum air gamat dgn jus pati ikan haruan.
    Soalan saya:
    1. Produk apa yang disarankan untuk luka dalaman saya agar cepat sembuh tanpa ada kesan sampingan pada kandungan.
    2. Berapakah dos yang sesuai bagi saya yg mempunyai tekanan darah rendah dan magrain ni.
    3. Boleh saya tahu stokis yang berdaftar di cawagan Klang,Selangor.

    1. Salam,

      1.Produk seperti Zaniplus atau Zaniton dapat membantu mempercepatkan luka dalaman.
      2. Ambil dos yang disyorkan iaitu 1 sudu besar 2 kali sehari, kesan migrain mungkin akan terasa pada 1 minggu pertama akibat haling crisis. Banyakkan minum air kosong.
      3. Boleh rujuk disini untuk senarai outlet di Selangor Outlet Selangor

  174. salam..sy mengalami mslh kulit muka..slps bersalin..sy x bole memakai ape2 produk muka wlpn skin cate utk sensitif@ekzema..bila pki kulit akn naik merh..kering..menggelupas..kulit sy kusam n gelap sbb x bole pki ape2 produk..dh brmcm2 produk sy gna tp smuanya mkin teruk..sy x bole trkena habuk..mkn seafood..bila terkena@termkn..kulit akn teruk..dlu x mcmni..sy cba ambik supplimnt utk rwt dr dlm..tp jerawat plk yg byk tumbuh..ade yg ckp dlm bdn terlalu byk toksin..ape yg perlu sy gna utk buang smua toksin?

    1. Salam, masalah saudari nampak lebih kepada ketidak seimbangan hormon. Cuba rujuk kepada pakar sakit puan mengenai hal ini.

      Tetapi buat permulaan ambil supplimen asas seperti Zaniplus untuk cuba untuk melancarkan sistem peredaran darah dan membantu membuang toxin didalam tubuh. Banyakkan minum air dan amalkan senaman.

  175. Salam Dr.
    Saya telah berkahwin selama 6 tahun dan sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata. Setelah diperiksa oleh pakar kesuburan saya didapati mengalami masalah kekurangan volume sperma. Ada tak produk dari House of Healin yang telah ditestimonikan berkesan untuk mengatasi masalah saya ini. Terima kasih dengan masa Dr @ admin.

    1. Salam, kami mempunyai beberapa pengguna yang mengalami masalah yang sama dan Alhamdulillah selepas mengambil Gamogen terdapat perubahan positif, selain itu amalkan pengambilan vitamin E,asid folik serta zinc sulfate. Jika ada menggunakan laptop dibahagian paha, cuba untuk tidak berbuat demikian. Amalkan senaman untuk meningkatkan peredaran darah.

  176. kawan sya ada mempunyai masalah GERD. dah pernah melakukan operation untuk repair bhgian perot yg rosak. tapi slepas stahun sakitnya kembali. dan berkemungkinan perlu melakukan operation kali ke2.. ada x produk yg sesuai untuk penyakit ni??

    1. Kawan saudari boleh mengambil Zaniton untuk cuba mengurangkan masalah GERD yang dialami, ambil1 sudu besar 3 kali sehari

  177. Salam Dr.

    1) Apakah produk yang sesuai untuk mak saya yang menghidap penyakit kencing manis tetapi belum teruk lagi?
    2) Saya mempunyai masalah jerawat dan resdung apakah produk yang sesuai?
    3)Produk untuk kulit alergi asma?
    3)

    1. Ibu saudara boleh mengambil Zaniplus untuk membantu mengurangkan masalah kencing manis yang dhadapi.
      Untuk masalah jerawat dan resdung, boleh mengambil Imunol, ia juga sesuai untk masalah alergi dan asma

  178. Salam,dok produk apakah yang sesuai untuk masalah sejuk dan kekejangan akibat lama berada di tempat ber air cond. dan kerap sakit kepala apabila memandang ke bawah .Saya berumur 34 tahun dan mempunyai 3 orang anak.

    1. Puan boleh mengamalkan Gamogen untuk cuba melancarkan peredaran darah untuk mengurangkan masalah kekejangan, banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin K.

  179. Assalamualaikum Dr.

    nk tanya produk yang sesuai utk penyakit saraf & prostat??

    1. Salam, boleh cuba menggunakan imunol atau gamogen, untuk masalah prostate cuba rujuk kepada dr di hospital untuk rawatan lebih lanjut

  180. salam dr. saya mengambil gamogen selama 2 bulan, alhamdulillah badan cergas dan sakit kaki bahagian tumit apabila bangun tidur hilang. baru-baru ini saya membuat pemeriksaan kesihatan di farmasi dan didapati kadar kolestrol saya tinggi. pihak farmasi,mencadangkn saya mengambil supliment berasakn bawang putih dan lecichin. soalan saya bolehkan saya meneruskn pengambilan gamogen semasa saya makan suppliment dicadangkn dan,saya juga mengambil supoliment omega 369. mohon pandangan.

  181. Assalam. Tuan, saya mengamalkan gamogen (sehingga sekarang) setelah saya mengalami gastrik yang agak teruk sejak tahun lepas dan alhamdulillah dengan izin Allah saya sembuh. Saya ingin bertanya ada tak produk healin yang boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit kebas kaki dan tangan ayah saya. Untuk pengetahuan tuan, ayah saya mengalami paru-paru berair, buah pinggang tak berapa elok tapi taklah sampai di dialisis dan juga mengalami gout. Beliau juga makan ubat dari hospital kerajaan. Apakah healin mempunyai produk yang sesuai untuk ayah saya? Dan jika ada, apakah ia mempunyai kesan jika dimakan bersekali dengan ubat hospital tersebut? Terima kasih, wassalam.

    1. Salam, untuk ayah saudari, zaniplus atau zaniton lebih sesuai. Suppliment lain kurang sesuai kerana ia akan memerlukan buah pinggang beliau berkerja dengan lebih keras.

      Produk kami boleh diambil bersama ubat hospital kerana ia mengandungi bahan semulajadi. Yg tidak disyorkan adalah mengambil produk kami berserta ubat-ubatan herba yg tidak diketahu kandungannya secara menyeluruh.

  182. As salam Dr,

    Saya mengalami masalah kulit muka berjerawat batu dan parut jerawat kemerahan dan hitam. Dahulu keadaan muka saya tidak seteruk ini. Saya menganggap ini disebabkan penggunaan kosmetik dan skin care yang kerap bertukar ganti. Saya kemudiannya telah membeli skin care AG2000 iaitu Facial Cleansing Milk, Blemish Gel Complex 3, Skin Purifying Gel & Mosturising Firming Serum seperti yang disarankan oleh beutician kedai itu. Tetapi, setelah hampir 5 hari, kulit saya ditumbuhi lebih jerawat batu. Adakah produk yang disarankan itu sesuai atau betul untuk saya?
    Terima kasih.

    1. Salam, ok buat permulaan, jangan gunakan moisturizing firming serum dahulu. Guna hanya pencuci, krim jerawat untuk disapu pada jerawat sahaja dan skin purifying gel mengikut arahan. Pastikan skin purifying gel itu digunakan pada kulit bersih dan betul betul menyerap pada kulit tanpa kesan melekit.

  183. Assalam.. Tuan, ayah saya mengalamai kebas tangan dan kaki, apakah produk yang sesuai dengan ayah saya? Untuk pengetuahan tuan, ayah saya mengalami penyakit gout dan paru-paru berair. Buah pinggang juga bermasalah tapi tk pula sampai di dialisis. Sekian, terima kasih.

    1. Salam, ayah puan bole mengambil zaniplus, tetapi mulakan dengan dose sedikit kerana dia mempunyai masalah gout, takut kandungan protein gamat akan menyebabkan dia berasa sakit.

  184. Salam Dr, saya mengalami masalah polip dalam hidung disebabkan resdung.disebabkan itu hidung saya tersumbat sebelah bahagian kanan dan sentiasa berair juga berdarah.produk healin yang mana sesuai dengan penyakit saya?

    terima kasih..

    1. Salam, saudara boleh mengambil imunol untuk masalah resdung yg dialami. Buat permulaan anda mungkin akan lebih kerap bersin dan berpeluh, tetapi ianya produkyg dirumus khas untuk masalah resdung dan alahan.

  185. salam Dr, saya nak tanya..
    1.mak saya mempunyai penyakit darah tinggi > 10 tahun.tekanan darah beliau dalam keadaan terkawal dengan pengambilan ubat darah tinggi yg diberikan Dr..
    2. bapa saya selalu mengalami masalah kurang tekanan darah rendah dan selalu mengalami masalah pitam, selain itu juga beliau kadang2 mengalami masalah gout..tpi beliau sekarang sudah x mengambil ubat gout krn kesan sampingan ubt prednisolone.
    3.pakcik saya mengalami masalah buasir,mengalami masalh tumit kaki sakit berbulan2 lamanya ( uric Acid tinggi ) dan masalah mati pucuk..
    apakah produk yg sesuai tuk mereka. TQ.

    1. Salam,

      Ibu saudari boleh mengambil Rejusol disamping cuba mengamalkan senaman ringan harian untuk meningkatkan tahap kesihatan.

      2 bapa saudari pula sesuai mengambil imunol. Ianya lebih sesuai untuk mereka yg mengalami tekanan darah rendah dan gout.

      Dan untuk pakcik saudari dia lebih sesuau mengambil zaniplus

  186. saya mengalami kerosakkan kuku.apakah yang untuk merawat kuku saya.

    1. Adakah kuku saudari dijangkiti fungus? Jika begitu cuba dapatkan ubat anti fungus dahulu di farmasi.

  187. As salam. Sy ingin bertanya adakah Gamogen sesuai untuk saya yang bru membuat pembedahan appendiks? Atau ada sebarang ubat lain yang sesuai?

    1. Salam, boleh mengambil gamogen ianya lebih lengkap dengan pelbagai vitamin tambahan, tetapi jika hanya untuk mempercepatkan penyembuhan luka, boleh mengambil zaniplus atau zaniton

  188. asalamualaikum dr. kalau ada penyakit buasir dan apabila kerap nak buang air besar, buasir tu menjadi bengkak dan sakit. jadi…. pertanyaan saya, adakah ubat yg dpt mengempiskan buasir ini?

    1. Salam, cik boleh mecuba zaniton untuk mengurangkan masalah buasir yg dihadapi. Ambil 3 kali sehari.

  189. Assalammualaikum… saya mengalami masalah sukar hamil… sesuaikah saya mengambil gamogen premium sebagai salah satu usaha untuk hamil.. dan bolehkah gamogen premium di makan semasa datang haid.. t.kasih..

    1. Waalaikumsalam, produk gamogen boleh diambil ketiks haid. Terdapat pesakit yg mengalami kesukaran mengandung mengambil gamogen dan alhamdulillah berjaya hamil. Tetapi diingatkan ini bukanlah produk khusus utk masalah kesuburan.

  190. Assalamu’alaikum;

    Benarkah untuk pesakit gastrik tidak sesuai untuk mengambil oil based suppliment?
    Jika sekiranya saya ada mengalami masalah gastrik, pedih ulu hati, migrain, alahan seafood dan asma,
    Apakah saya perlu menangani masalah gastrik dahulu dengan mengambil water based suppliment (Zaniton/Zaniplus),
    dan kemudian baru boleh menguruskan penyakit2 yang lain? adakah benar begitu? Atau ada product yang sesuai untuk merawat penyakit2 tersebut? Harap mendapat khidmat nasihat mengenai penyakit2 saya mengenai langkah, produk yang sesuai dan dos yang berpatutan.

    terima kasih

    1. Waalaikumsalam, oil based suppliment kurang sesuai utk mereka yg ada masalah hati dan hempedu.

      Tetapi untuk pesakit gastrik kami syorkan juga water based suppliment spt zaniton atau zaniplus kerana lebih mudah untuk dicerna sistem penghadaman.

      Buat permulaan ambil zaniplus dahulu dengan dos 1 sudu besar 3 kali sehari. Jika masalah gastrik telah pulih boleh beralih mengambil imunol

      Jika masih memerlukan khidmat nasihat hubungi talian careline 03- 5569 5569

  191. Saya ingin bertanya berapa hari selepas pembedahan baru saya boleh mengambil gamat zaniton atau zaniplus?

  192. As salam, sy ingin bertanya gamat jenis apa yg sesuai untuk mereka yang mengalami masalah tidak lawas kencing?

    1. Salam, mereka boleh mencuba zaniplus. Disamping mencuba amalkan senaman lantai pelvis ( senaman kegel)

  193. umur saya 51 tahun,kuku saya dijangkiti fungus dan saya sudah mendapatkan ubat anti fungus,saya juga sudah 2 bulan mengamalkan gamogen,adakah sesuai dijadikan sebagai pertumbuhan kuku saya?

    1. diharap pihak tuan/puan dpt menjawab persoalan saya

    2. Maaf, lewat menjawab soalan puan, boleh mengambil gamogen untuk membantu proses pertumbuhan kuku, ia kaya dengan kolagen, minyak ikan serta protein yg bagus utk pertumbuhan kuku. Boleh juga dptkan vitamin spt primrose oil di farmasi jika ingin kuku yg cantik.

      Tetapi boleh saja banyakkan pengambilan susu, telur serta makanan protein tinggi utk tujuan tersebut.

  194. Salam, ibu saya mengalami slip disc dan hampir 8 tahun mengamalkan rejusol…tetapi baru-baru ini ibu saya disahkan mendapat penyakit gaut dan tulang rawan yg menipis…bolehkah ibu saya meneruskan mengambil rejusol dan disamping itu apakah produk lain yg sesuai utk gaut dan tulang rawan menipis??

    1. Ibu anda boleh terus mengambil rejusol. Mungkin ibu anda boleh mengambil supliment glucosamine yg terdapat di farmasi. Minta nasihat pakar anda terlebih dahulu

  195. salam dr.
    ibu sya berumur 51thn,masalah yg di hadapai ialah:
    1. gegandang telinga rosak sebelah kanan
    2. varicose veins di kaki
    3. tangan dan kaki selalu kebas d waktu pagi
    4. cepat penat
    5. muka kusam dan kering, ada juga jeragat
    baru baru ni sya belikan dia gamogen, adakah ini sesuai dengan penyakit yg dia ada? apakah krim yg sesuai dia pakai? terimah kasih.

    1. Ibu saudari boleh mengambil gamogen, tetapi ambil dengan dos kecil dahulu. Cuba amalkan senaman ringan setiap hari untuk meningkatkan peredaran darah.

  196. As salam doktor sya nk tau produk ape yg sesuai utk ibu sya yg br lepas membuat pembedahan buang hempedu kerana ada batu, selepas pembedahan membuang hempedu ibu sya selalu sakit2.. Muka dia sentiasa nampak pucat walaupun sudah 6 bln masih tidak sihat lg.. Di harap doktor dpt membantu sya, dan satu lg pertanyaan sya produk ape kah yg sesuai utk ayah sya, doktor suspek penyakit prostat.. Jd bolehkah doktor bg cadangan produk ape yg sesuai utk ayah sya..ayah sya berumur 65 taun, dan ibu sya berumur 57 taun.. Terima kasih

    1. Untuk ibu saudari cuba ambil zaniplus den dos 1 sudu besar 3 kali sehari. Untuk ayah saudari rawatan di hospital lebih sesuai tetapi dia boleh mengambil gamogen untuk membantu peredaran hormon dan darah.

  197. Isteri saya disahkan mengalami hipertiriod, minggu lepas scan disahkan plak ade dermoid cyst ovary atau dikenali cyst rambut, n didapati ade batu dihempedu jugak…produk yang mane sesuai untuk isteri saya..tolong bantu kami…kesian tengok isteri saya..tak sangka.patutlah die salu nampak penat sangat.rupa2nya mngidap penyakit yg saya maklumkan tadi.

    1. Cuba ambil gamogen dan cuba amalkan meminum jus lobak putih. Untuk masalah hipertyhroid dapatkan rawatan lanjut di hospital.

  198. salam… sy telah 5 tahun menderita kerana menghidapi psoriasis… sy telah mendapatkan nasihat di klinik pakar kulit hospital kerajaan, tetapi ubat yg dibekalkan semakin tidak memberikan kesan… masalah yg saya hadapi ialah kulit bersisik pd kepala, badan, kaki, punggung, dan tangan… berikutan artikel tentang dr hassan yg dipaparkan di tv3 pd 20/6/2014, sy telah searching testimoni2 healin di google, sehingga sy terjumpa laman ini dan ingin mendapatkan nasihat tentang penyakit sy…. psoriasis sy stakat ini, gatal2 ug serius, plak yg tebal, jerawat yg serius serta kemurungan yg menggugat aktiviti sy… sy merasa sgt malu utk berdepan dgn masyarakat.. 1) adakah produk healin benar2 berkesan utk menyembuhkan psoriasis? 2)
    apakah produk sesuai yg harus sy gunakan serta dos. 3) apakah sebenarnya penyakit ini? terima kasih…

    1. Salam, boleh mencuba imunol bersama krim dermax untuk membantu merawat penyakit yg dihidapi. Dari apa yg kami lihat dan kajian yg dibuat produk tersebut memang sesuai untuk masalah psiorosis. Penyakit ini lebih kepada masalah imunisasi badan.

  199. Salam dr…mak sy ade mengambil gamogen kualiti premium dalam sachet…namun sejak mengamalkan selama 2 mggu mak sy sering merasa sukar utk bernafas… jd ape pendapat dr? adakah ia nya tidak serasi dengan mak sy?mak sy berumur 34 tahun… terima kasih dr…

    1. Untuk memastikan ianya memang tindak balas gamogen hentikan dulu pengambilan gamogen, jika masih mengalami sesak nafas disarankan pergi berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Jika selepas menghentikan pengambilan masalah sesak nafas berkurangan, kurangkan dose pengambilan atau hentikan terus. Sesetengah orang kurang sesuai mengambil produk ini.

  200. salam dr, berapakah harga sebenar zaniplus kerana harga yg saya lihat di internet adalah rm64 tp bila beli penjual tu bg harga rm 72.90

    1. Harga Zaniplus dan beberapa produk lain telah dinaikkan, harga di website dalam proses kemas kini. Harap maklum

  201. salam dr…anak sy baru lahir dan di diagnosis kn mnghidap osteogenesis imperfecta..yg sy phm OI kekurangan kolegen dlm tulang itu sndri…gamat mmg kaya dgn kolagen…boleh kah ia mmbantu mnyembuhkan ank sy??

    1. Salam, gamat sememangnya kaya dengan kolagen dan boleh membantu, untuk bayi cuma beri zaniplus atau zaniton dalam kuantiti satu sudu besar 2 kali sehari.

  202. Slm dr.. Saya mengalami bekas2 jerawat yg kemerahan di muka.. Apakah produk yg paling sesuai?

    1. Salam, anda boleh mencuba produk Mira-Q untuk menghilangkan parut jerawat tersebut atau mula dengan penggunaan krim miralin dahulu.

  203. salam sejahtera dok. saya nak tanya bolehka saya mengambil gamogen untuk radang usus .saya juga pernah dibedah 30 tahun lalu kerana jantung berlubang dan sudah sembuh cuma saya nak tanya dok apaka gamogen itu sesuai untuk saya .terima kasih dok

    1. Salam, tiada masalah untuk anda mengambil Gamogen untuk penyakit tersebut.

  204. Selamat pagi doctor..saya ada seorg kwn yg menghidap hepatitis b. .dpt kah beliau menggunakan product gamogen ini..? terima kasih

    1. Salam sejahtera, Hepatitis B adalah disebabkan jangkitan kuman, produk seperti Healin atau mana-mana suppliment lain bukanlah ubat yang boleh merawat pesakit ini tetapi ia dapat membantu proses penyembuhan dengan mempercepatkan proses pertukaran sel-sel yang rosak dan membekalkan vitamin dan zat galian pada tubuh untuk kekal cergas.

      Untuk pesakit hepatitis B, selalunya mereka sembuh dengan sendiri jika tubuh mereka kuat untuk melawan kuman tersebut. Untuk kes kronik terdapat ubat yg boleh diberikan doktor untuk membantu merawat penyakit ini.

      Jika kawan saudara ingin mengambil produk Healin, produk Zaniplus lebih sesuai, kerana ia lebih mudah dicerna hati berbanding Gamogen.

  205. Salam doktor,
    Saya mengalami tinggi darah dan gout. Akibat selalu mengambil ubat gout saya di sahkan mengalami sakit buah pinggang tahap 4(belum dielesis lagi).doktor adakah prodak healin yang sesuai untuk saya.terima kasih.

    1. Untuk pesakit buah pinggang hanya Zaniplus atau Zaniton yg disyorkan. Ambil 2 kali sehari sebelum makan seperti yg disyorkan.

  206. Assalam…saya disahkan menghadapi penyakit carsyinot sydrome oleh doktor kerajaan. Saya mengalami aliran darah yang panas dan kekadangkala aliran sejuk serta menyucuk dan pedih di seluruh anggota badan hingga ke kaki. Oleh itu, mohon tuan doktor jelaskan apakah penyakit ini ada ubat untuk menyembuhkannya. Mohon doktor dapat membantu saya.

    1. Salam, pesakit Carcinoid syndrome terjadi bila ada sel tumor carcinoid merembeskan beberapa hormon/bahan kimia kedalam sel darah. Hormon inilah yang menyebabkan rasa panas,sejuk atau menyucuk pada badan.
      Sel ini selalunya ada dibahagian usus atau paru-paru. Kerapkali ianya adalah sel kanser dan rawatan yang diberikan adalah rawatan kanser seperti pembedahan,ubat-ubatan, terapi hormon atau kemoterapi.

      Diharap saudari dapat berjumpa pakar untuk rawatan lanjut masalah yg dihadapi.

  207. salam doktor..saya mengalami jerawa yang terut secara tiba2..alhamdulillah jerawat semakin kering..sy dahulu pengguna mira q..adakah sesuai bagi kulit saya kini untuk terus memakai produk mira q..kulit sy jenis berminyak terutama di bahagian T zon..jerawat semakin kurang, bolehkan sy teruskan kembali penggunaan mira q untuk menghilangkan parut jerawat?

    1. Salam, tiada masalah untuk saudari menggunakan mira-q, pastikan muka dibersihkan selalu terutama selepas keluar dari rumah dan krim disapu sehingga benar-benar meresap.

  208. Salam dr…tumpang tnya…saya mngalami gatal2 badan seperti alahan kepada habuk…saya ingin mencuba imunol.wlubagaimanapun saya risau kerana saya menghidapi tekanan darah tinggi yang tidak serius.bolehkah saya teruskan dengan penngambilan imunol?

    1. Salam, Imunol sememangya kurang sesuai untuk pesakit darah tinggi, bagaimanapun jikalau ianya tidak serius, boleh cuba mengambil imunol dengan dos 1 sudu sehari dahulu.

      Produk lain yg boleh saudari cuba adalah sabun mirakel untuk masalah kegatalan yg dialami

  209. Salam. Suami saya berusia 58 tahun dan pernah menjalani angioplasty 4 tahun yang lalu. Semasa prosedur tersebut, 2 ‘stent’ dipasang di saluran darah yang tersumbat. Apakah produk gamat yang sesuai untuk diamalkan. Beliau ada tekanan darah tinggi yang terkawal. Bolehkah beliau mengamalkan minum Gamogen?

    1. Belia boleh mengambil rejusol sebagai suppliment. Gamogen juga boleh diambil cuma kadang-kadang pesakit mempunyai tindak balas negatif terhadap Gamogen seperti peningkatan darah tinggi untuk beberapa minggu. Amalkan senamam dan banyakkan meminum air

  210. Salam Dr..

    Boleh ke isteri saya menggunakan Lukano untuk di sapukan di bahagian operation (bersalin)…? Tempat operation telah terbuka semula lebih kurang 3-5mm…so boleh ke sapu Lukano di bahagian tersebut…mohon maklumbalas serta penerangan dan cadangan Dr….tq

    1. Lukano boleh disapu pada luka, bagi luka jahitan, sapukan lukano pada gauze dan letakkan pada luka, bagi luka yg telah kering, boleh terus sapukan lukano pada sekeliling luka tersebut.

      Bagi luka bernanah, dinasihakan nanah telah kering sebelum menggunakan lukano, takut luka tertutup tetapi nanah masih berada didalam luka

  211. salam Dr.

    1. Saya berumur 26 tahun mengalami jerawat yg teruk terutama pada dahi. Dan jerawat kecil2 dari muka hingga badan sejak umur 18 tahun lagi

    2. Suami saya telah disahkan menghidap EPIDIDYMITIS oleh doktor swasta. Saya telah disahkan mengandung tetapi pertumbuhan bayi adalah tidak menjadi menyebabkan terpaksa digugurkan mungkin disebabkan oleh percantuman sperma atau ovum yg x baik

    Apakah produk yg seseai untuk kmi. Terima kasih

    1. Tambahan ya Dr..

      Suami saya mempunyai mslh tekanan darah tinggi, spleen dan heartbeat yg tidak baik.

      Terima kasih

      1. Jika masalah heartbeat berkaitan congenital, ia sukar diubati dengan amalan perubatan semata-mata. Tetapi suami puan boleh mengawal pemakanan untuk masalah lain. Suami paun boleh mengambil gamogen seperti yg disyorkan tadi.

    2. Untuk masalah suami puan, rujuk kepada pakar sakit tuan atau urologi kerana ia memerlukan antibiotik.

      Tetapi dia boleh mengamalkan pengambilan suppliment yang mengandungi zat galian dan vitamin seperti gamogen atau lain-lain produk yg boleh diperolehi di farmasi untuk meningkatkan penghasilan sperma yg sihat. Begitu juga dengan pihak puan.

      Untuk masalah jerawat, puan boleh mencuba produk seperti blemish clear complex

  212. Salam, Ibu saya mengalami stroke sebelah badan kiri bermula dari tahun 2010 yg berpunca dari kandungan gula / diabetes sehingga tahap 30. Ibu saya juga ada tekanan darah tinggi. Ibu sya telah makan bermacam2 produk dan kesemuanya tidak membantu malah menjadikan bdnnya ketagihan apabila berhenti pengambilan. Baru2 ini diabetes ibu saya tinggi semula dan anggota badannya menjadi terlalu lemah dan tidak boleh berjalan atau merangkak langsung. Saya ada terjumpa stokis Healin di Mydin Subang Jaya baru2 ini dan berminat utk mencuba Gamogen untuk ibu saya. Adakah Gamogen boleh membantu ibu saya memulihkan diabetes / darah tinggi dan boleh memberikan tenaga untuknya?

    1. Ibu puan lebih sesuai diberi Zaniplus, tetapi jika mengambil Gamogen, kurangkan dos pada peringkat permulaan untuk mengurangkan healin crisis yg akan dialami.

  213. dakwaan Dr Asrul berhubung kerosakan buah pinggang akibat pengambilan produk gamogen mungkin ada benarnya… pihak pengeluar khususnya Dr Hassan perlu menyiasat dengan lebih lanjut. Kerosakan buah pinggang bukan disebabkan oleh steroid semata mata tetapi banyak tindakbalas tindakbalas tubuh yang kita tidak ketahui dan memerlukan kajian jangka panjang. Ada juga kemungkinan ianya mendatangkan mudarat jika terambil bersama makanan lain..ujudkan tindakbalas yang menghasilkan toksik.. ..wallahualam

    1. Terima kasih kerana maklum balas, kami sentiasa menjalankan kajian jangka panjang terhadap pesakit yg mengambil supplimen kami sejak produk kami diperkenalkan.

  214. Assalamualaikum.
    Dr.
    Saya telah menjalani endoscopy dan disahkan oleh doktor mengidap mild gastritis.Apakah produk sumpliment yang sesuai untuk saya.
    Terima Kasih.

    1. Saudara boleh mengambil zaniton atau zaniplus untuk masalah yg dihadapi. Boleh juga mengambil gamavita bila perut terasa lapar

  215. Dr.boleh ke ibu leoas bersalin makan gamogen ?

    1. Tiada masalah untuk mengambil gamogen bagi wanita lepas bersalin

  216. Salam. Saya mengalami masalah buasir. Saya ingin bertanya apakah produk yg paling sesuai utk merawat penyakit ini? Saya sedang mencuba Gamogen Sachet dah 5 hari namun belum nampak perubahan. Cuma saya keliru yg mana paling berkesan. Gamogen, Zaniton atau Rejusol? Terima kasih.

    1. Zaniton tidak mempunyai suppliment tambahan lain seperti minyak ikan, madu dan klorofil. Ia lebih kepada jeli gamat yang membantu merawat luka. Saudara boleh mengambil Zaniton untuk masalah yg dihadapi.

  217. Salam… doktor, suami saya baru membuat pembedahan apendik, dia juga mempunyai penyakit kencing manis, produk yang mana sesuai untuk suami saya?

    1. Produk yg sesuai adalah zaniplus

Comments are closed.