Posted on

New Product! Nutri S

Terbaru dari House of Healin! Produk pemakanan untuk penjagaan berat badan.

Nutri S, produk makanan gantian semulajadi yang dirumuskan dengan kandungan protein dari buah-buahan dan tumbuhan yang. Dirumuskan untuk mengantikan satu atau dua makanan harian. anda. Pengganti makanan berkalori rendah ini kaya dengan protein dan rendah karbohidrat ditambah dengan bahan pembakar lemak menjadikan ia suppliment terbaik untuk membantu mengawal berat badan anda dan mengawal rasa lapar anda.

Faedah Utama Nutri S

– Membantu dalam pembakaran lemak dan merencatkan penghasilan lemak oleh tubuh
– Membantu menurunkan paras gula dan kolestrol dalam darah
– Kaya dengan serat larut dan pemakanan untuk membantu dalam pembersihan kolon dan melegakan sembelit.
– Membantu mengurakan selera makan dan menggalakan rasa kenyang.

Sesiapa yang seseuai untuk mengambil Nutri S
Ia sesuai diambil oleh semua orang, individu obes yang ingin mengawal berat badan atau untuk mereka yang perlu mengurangkan berat badan. * Tidak sesuai untuk kanak-kanak, wanita yang sedang menyusu, individu yang alah dengan protein soya dan tenusu.

Cara penggunaan
-Campurkan atau goncang satu sachet dengan segelas air sejuk. Ambikl 2-3 kali sehari sebelum makan. Amalkan meminum banyak air untuk hasil yang optimum.

Posted on

November 2012 Promotion

Promosi bulan November 2012


1. Percuma vaucher RM20 dengan setiap pembelian Vita Skin Complex 12 ml

2. Percuma vaucher RM10 dengan setiap pembelian Moisturizing Firming Serum 30 ml

3. Percuma vaucher RM20 dengan setiap pembelian Hydrating Lifting Mask (20 sachets)

4. Percuma vaucher RM10 dengan setiap pembelian Gamogen Classic 500ml

5. Percuma vaucher RM10 dengan setiap pembelian Rejusol 350 ml

6. Percuma vaucher RM5 dengan setiap pembelian Zaniton 350 ml

 

Posted on

Perluas eksport

Sumber: Harian Metro
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my

HEALWELL Pharmaceuticals Sdn Bhd, pengeluar produk penjagaan kesihatan dan kosmetik berasaskan gamat House of Healin menyasarkan pendapatan mencecah RM50 juta hingga RM100 juta tahun depan dengan penembusan pasaran produknya ke Dubai selain pasaran eksport sedia ada di Indonesia, Brunei, Jepun, Thailand dan United Kingdom.
Pengerusi Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Hassan Yaacob berkata, perluasan pasaran dilakukan melalui sistem francais yang disifatkan kaedah terbaik berbanding dengan program pemasaran konvensional.
“Sistem francais mempunyai struktur perniagaan lengkap dan ada akta khusus untuk melindungi daripada disalahgunakan. Buat masa ini kita mempunyai 80 francaisi tempatan serta 200 cawangan House of Healin yang akan difrancaiskan kepada usahawan berminat.

“Model perniagaan yang sama akan dilakukan di Dubai tahun depan. Syarikat juga sedang membina bangunan House of Healin di sana,” katanya di Shah Alam, Selangor.
Hassan berkata, produk House of Healin diasaskan 15 tahun lalu menerusi penyelidikan gamat menggunakan geran sebanyak RM2 juta diperoleh daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar melalui program Penyelidikan Intensif dalam Bidang Keutamaan (IRPA).
Kini, House of Healin mengeluarkan lebih 30 produk antaranya Gamogen, Zaniton, Zaniplus, AG 2000 dan yang terbaru Derma X yang berfungsi merawat penyakit kulit termasuk kulit kering, alahan, dermatisis dan psoriasis.

“Gamat mengandungi sebatian aktif asid amino yang dikenali sebagai Polipeptida yang bersifat rejunevasi dan mampu menembusi sel kulit serta berkesan mempertingkatkan penyembuhan pada kulit,” katanya.
Menurut Hassan, syarikatnya mengalu-alukan lebih ramai usahawan menyertai francais House of Healin dengan modal awal sebanyak RM30,000.

“Sistem francais melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dan berinovasi. Selain itu syarikat melabur ratusan ribu setahun untuk kajian dan penyelidikan bagi memastikan kualiti produk terjamin,” katanya.

Posted on

Jadikan diri lambat tua

Sumber: Harian Metro
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

MENYEDARI penjagaan kesihatan sangat penting kepada masyarakat terutama apabila usia makin meningkat, Astro Prima (saluran 105) menyiarkan program Aku Ingin Sihat (AIS), bermula 26 Mei lalu, jam 6 petang.

Disiarkan selama 30 minit, AIS dihoskan pengacara Dangsuria Zainurdin yang dianggap berjaya menghayati konsep program dan memiliki gaya penyampaian matang.
Ditambah lagi, penerbitan AIS mendapat penajaan penuh Heawell Pharmaceuticals Sdn Bhd.

Pelbagai mesej berkaitan agen antipenuaan yang diformulasikan secara saintifik diketengahkan.

Produk terunggul di pasaran yang berjaya membantu mengurangkan penderitaan pesakit kronik.

Dua kisah pesakit mengisi segmen AIS pada setiap minggu. Ia memaparkan penderitaan pesakit menjalani kehidupan seharian serta perjuangan mereka mencari penawar dan kaedah rawatan kepada penyakit dihidapi.

Bahkan, penderitaan pesakit berakhir selepas menggunakan produk keluaran House Of Healin dan penyakit dihidapi sembuh sepenuhnya.

Ternyata ekstrak gamat yang ditulenkan secara saintifik dan dikenali sebagai Gamodulin adalah agen antipenuaan yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Gamodulin yang terkandung di dalam produk Healin mempunyai kuasa rejuvenasi dan berupaya merangsang sel-sel badan dan kulit.

Justeru, mengikut kajian dijalankan Profesor Datuk Dr Hassan Yaacob dengan usaha sama saintis dari Universiti Nihon dan Toyama Jepun berjaya menulenkan bahan aktif daripada gamat yang mempunyai nilai protein tinggi dikenali sebagai Gamodulin yang menjadi bahan perangsang rejuvenasi sel, satu mekanisma asas dalam proses penyembuhan, luka, merangsang sistem imunisasi dan pemudaan sel dalam badan.

Pun begitu, kebiasaannya penyakit yang dihidapi kebanyakan orang ialah penyakit yang berkaitan penuaan badan seperti penyakit nyanyuk, kanser, penyakit jantung, diabetes (type ll), osteoporosis, arthritis, Parkinson dan banyak lagi.

Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Healwell Pharmaceuticals, Dr Hassan memaklumkan penuaan boleh dilambat atau diundurkan seperti diperjelaskan beliau dalam segmen Bersama Profesor.

Beliau juga akan berkongsi ilmu dengan penonton bagaimana untuk awet muda, sekali gus mengelakkan penyakit disebabkan penuaan badan.

Turut dimuatkan dalam program ini Segmen Personaliti.

Malah, personaliti yang dipilih kebanyakannya mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai gaya hidup sihat yang boleh menjadi contoh kepada orang lain.

Selain itu, dalam setiap episod akan diperkenalkan satu demi satu produk keluaran House of Healin.

Oleh itu, penonton akan lebih terdedah dengan khasiat dan kebaikan setiap produk apabila mengikuti Segmen Kenali Produk.

Posted on

Kesan hebat produk House of Healin

Sumber: Harian Metro

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

KECANGGIHAN teknologi kini membolehkan pelbagai produk kesihatan dihasilkan untuk membantu merawat penyakit. Sama ada produk herba mahu hidupan laut, kajian dibuat untuk memastikan ia sesuai dan berkesan ke atas sesuatu penyakit yang dihidapi manusia.

Sehubungan itu, menerusi program kesihatan Aku Ingin Sihat yang ke udara di Astro Prima (Saluran 105), jam 6 petang ini dengan siaran ulangan setiap Jumaat (6 petang), penonton dapat menyaksikan dua kes penyakit yang dirawat menggunakan produk House of Healin.

Dalam kes minggu ini, diketengahkan kisah pesakit Syndrome Klippel Treaunay Webber, Nurul Misra Hasmili dari Kulim, Kedah. Gadis berusia 13 tahun itu, dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dilahirkan. Pun begitu, penggunaan produk Healin kembali menyinari hidupnya.

Pada awal kisahnya, pasangan Kalsom Bee dan Hasmili Othman tidak mampu meluahkan kata-kata apabila doktor mengesyorkan sebelah kaki bayi mereka dipotong kerana dianggap tidak boleh berfungsi. Namun selepas mencuba produk Healin, tiba-tiba ia mampu digerakkan kembali.

Nurul Misra, anak kedua dalam keluarganya menghidap penyakit Syndrome Klippel Treaunay Webber atau dikenali sebagai Parkes Webber Syndrome yang jarang berlaku. Ia sejenis penyakit disebabkan kecelaruan sistem saluran darah dan boleh dikesan sejak lahir lagi.

Ketika dilahirkan, bukan saja kaki sebelah kanan Nurul Misra kelihatan tidak normal, tetapi kelihatan berwarna agak gelap kemerahan. Malah, sebaik dilahirkan dia juga ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital.

Enggan kaki anaknya dipotong, percaturan dibuat Hasmili dengan membawa bayinya keluar daripada hospital. Atas saranan seorang kawan, dia mengambil inisiatif mencuba makanan kesihatan tambahan keluaran House of Healin yang mengandungi sebatian asid amino dikenali Gamodulin.

Gamodulin berupaya membantu meningkatkan pembaharuan sel-sel badan dan membantu meningkatkan sistem imunisasi ternyata memberikan keajaiban yang tidak disangka-sangka. Bagaikan tidak percaya, hanya baru menelan lapan jam produk itu, kaki Nurul Misra tiba-tiba boleh digerakkan.

Sejak dari hari itu, kaki kanan Nurul Misra berfungsi dan apabila usianya setahun satu bulan, dia boleh melangkah seperti bayi normal lain. Kini, Nurul Misra bukan saja boleh menggunakan kakinya untuk berjalan malah dia mampu menari lincah seperti remaja lain.

Bagi kes kedua pula, ia membabitkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, Iman Khalish Khairul Anuar yang dikesan menghidap ekzema sejak umurnya dua bulan lagi. Ekzema yang dihidapinya meliputi muka serta tubuh dan sangat serius kerana bernanah dan berair andai digaru. Ia mendapat simpati siapa yang melihat bayi itu.

Puas berubat dengan pelbagai rawatan sama ada berjumpa pakar, termasuk Iman juga pernah ditahan di wad, masalah itu tidak pernah berakhir. Namun berkat usaha ibu bapanya selepas dua tahun berusaha, Iman akhirnya bertemu Zaniplus, produk House of Healin.

Selama tiga bulan menggunakan Zaniplus, kesihatan Iman menunjukkan peningkatan 50 peratus. Kudis ekzema dihidapinya sudah semakin menghilang dan kulit Iman nampak lebih sihat. Saksikan kisah lanjut Iman dalam program AIS yang dihoskan Dang Suria.

Posted on

Membership now Online!

[en]Good news! We now offering House of Healin members the same perks and privileges while shopping online as the one they get when shopping at House of Healin outlets.

To enjoy the benefits, members MUST first register their card at on our online system. Fill in the details required. However there is a 24 -48 hours grace period after registering to allows us to validate and activate your card for online shopping.

Click here to register membership card.

*You must have an account with the store first before registering your membership card

You can also apply for membership buy purchasing the membership package offered at our online store. We will sent you a physical card so you can get the same benefit either shopping online or through selection of House of Healin outlets throughout Malaysia


Q: I’ve already had a card, can I use it while shopping online?
A: You need to register the card first and wait 24-48 hours before you can enjoy same membership benefits online.

Q: I want to become a member, how can I apply?
A: Membership form is available at selected House of Healin outlets all over Malaysia, or you can apply by purchasing the card at our online store.

 

Q: How much is the fee?
A: RM10 per year

Q: Can I use the card immediately after purchasing it online?
A:Unfortunately no, we still need to register, validate payment and activate your card. It can takes up to 48 hours. Nevertheless you can still shop without problems only there isn’t member’s benefits yet.

Q: Can I check my points online?
A: At this moment we don’t have a system in store for you to check accumulated points online. The House of Healin headquarters stored all members points accumulated while shopping online with us or offline. Nevertheless, you can write to us if you want to know your points.

Q: Can I redeem my gift online?
A: Unfortunately no, but we are working towards that.

Q: Do I get discount when shopping as members?
A: Selected House of Healin outlets offers additional discounts for selected items to members. Do you get the same perks shopping online? Yes!

Q: So how do you calculate points?
A: You get 1 point for every RM1.00 of purchase

Q: I registered as members at House of Healin owned by Majoriz Enterprise. Does it mean I’m registered for the online store as well?
A: Sorry the answer is no. We don’t register members for online shopping automatically even though the customer applied for membership at Majoriz Enterprise owned store.

Q: If I’m not a member can I still get benefits for shopping online?
A: Of course, we offer our loyal customer special online store coupons occasionally. We changed the online store system just to offer greater benefits and user functionality to our online customer. We want them to enjoy their online experience. We are thriving at giving you the best service that we can and we really hope that they (the customers)  get it. [/en] [ms]Berita baik!  ahli-ahli House of Healin kini boleh menggunakan kemudahan membeli-belah cara online dan menikmati semua kelebihan yang diperolehi semasa membeli -belah di outlet-outl House of Healin.

Kumpul mata ganjaran, dapatkan diskaun untuk barangan terpilih dan banyak lagi dengan mendaftarkan kad keahlian anda di kedai online kami. Untuk mendaftarkan kad keahlian, login at daftarkan akaun baru di House of Healin Online store seterusnya, isi maklumat kad keahlian seperti yang dimin

Pelanggan bagaimanapun perlu menunggu 24-48 jam setelah pendaftaran kad, untuk memperoleh akses sebagai ahli. Ini kerana kami perlu memeriksa data dan mengaktifkan kad tersebut untuk pembelian online.

Jika anda bukan ahli sedia ada, anda juga boleh mendaftarkan diri menjadi ahli dengan membeli keahlian selam setahun di sini. Kami akan menghantarkan kad kepada anda yang boleh digunakan dimana-mana outlet House of Healin berdaftar seluruh Malaysia.

 

Q: Jika saya telaah pun mempunyai kad keahlian, bolehkah saya gunakannya untuk membeli-belah secara online?
A: Boleh, tetapi kad tersebut hendaklah didaftarkan dahulu di kedai online kami di sini. Setelah itu anda perlu menunggu 24-48 jam untuk kami aktifkan akaun anda sebagai ahli House of Healin online.

Q: Saya ingin menjadi ahli,di mana boleh saya memohon menjadi ahli?
A:Borang permohonan boleh diperolehi di outlet-outlet House of Healin terpilih seluruh Malaysia atau boleh juga melalui online di sini.

Q: Berapa bayaran yuran keahlian?
A: RM10 setahun.

Q: Boleh saya terus menggunakan kad tersebut setelah membelinya secara online?
A: Maaf, tidak, kami masih lagi perlu mendaftarklan dan mengaktifkan kad tersebut untuk kegunaan.Anda masih boleh membeli-belah cuma tiada kelebihan sebagai ahli.

Q: Adakah ahli memperoleh diskaun ketika membeli di House of Healin?
A: Outlet House of Healin terpilih memberi diskaun pada produk terpilih dan mata ganjaran untuk ahli. Adakah anda akan mendapat kelebihan yang sama membeli belah secara online? Ya!

Q:Bolehkan saya memeriksa mata ganjaran saya di talian?
A: Maaf, buat masa ini, kami tidak menyediakan khidmat tersebut. Semua maklumat mata ganjaran disimpan di ibu pejabat House of Healin, tetapi anda boleh menghubungi kami untuk mengetahun mata ganjaran terkumpul.

Q: Bagaimanakan mata ganjaran dikira?
A: 1 mata untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.

Q:Saya mendaftarkan keahlian di House of Healin milik Majoriz Enterprise. Adakah ia bermakna saya terus didaftarkan sebagai ahli online?
A: Tidak, kami tidak mendaftarkan ahli secara automatik ke kedai online kami walaupun dia memohon menjadi ahli di salah satu House of Healin milik kami.

Q: Jika saya bukan ahli, adakah kelebihan lain ketika membeli belah secara online?
A: Sudah tentu, kami memberikan vaucher, perkhidmatan penghantaran percuma serta lain-lain promosi dari masa ke semasa. Kami ingin memberikan khidmat terbaik dan ingin memastikan pelanggan senang dan seronok ketika berurusan dengan kami. [/ms]